KARANGAN PELAJAR BITARA : ISU PEMBUANGAN BAYI

Selasa, 24 Mei 2011

Anekdot:

Karangan ini tidak diedit oleh guru. Karangan  berikut dihasilkan oleh pelajar saya ketika beliau menduduki  Peperiksaan Penggal 1/2010. Peperiksaan STPM 2010, beliau memperoleh  skor A bagi kertas BM.



Soalan;
Hampir setiap minggu media massa memaparkan kes pembuangan bayi. Kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menbasmi gejala ini. Namun usaha ini tidak menampakkan hasil,malah gejala ini semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat dibendung lagi. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk membendung gejala buruk ini.

___________________________________________________________________________

Jawapan;

Sedasawarsa ini,isu pembuangan bayi semakin hangat diperdebatkan di negara kita. Hal ini dapat dilihat menerusi pemaparan oleh media massa hampir setiap saat dan ketika,laporan kes pembuangan bayi terus kepada rakyat. Akibatnya,gejala yang tidak bermoral seperti ini seolah-olah mencerminkan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang selama ini bertopengkan syaitan. Segelintir belia,khasnya yang merupakan pelaku utama jenayah ini,jelas memperlihatkan identiti diri mereka yang sememangnya kian rapuh dirajai nafsu. Kita sering dihidangkan dengan berita kematian bayi yang amat menyayat hati,malah terdapat segelintir yang sanggup mengepam janinnya ke dalam tangki hanya untuk melupuskan bukti kelahiran,tanpa rasa bersalah sedikitpun. Penelitian punca-punca yang menunjangi kebejatan masalah ini serta langkah-langkah yang boleh diambil akan mewarnai fokus perbincangan kita.

Kita tidak dapat menyangkal bahawa pengaruh media massa merupakan faktor perdana kepada permasalahan ini. Dalam era ledakan teknologi maklumat ini,sebarang maklumat pornografi boleh dimuat turun dengan mudah menerusi jaringan internet,tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan video cakera padat di pasaran. Walau bagaimanapun,masih terdapat sesetengah saluran televisyen yang memaparkan aksi lucah yang tidak ditapis terutamanya dalam drama bersiri barat. Nilai-nilai seperti ini jelas menolak unsur ketimuran dan remaja yang sememangnya mempunyai rasa ingin tahu yang menebal akan terdorong untuk meniru aksi yang telah ditonton oleh mereka bersama pasangan berlainan jantina. Kesannya pula akan dirasai oleh si gadis kerana keterlanjuran itulah yang mengundang kepada segala permasalahan. Remaja yang tidak berfikir panjang pula akan cuba menghapuskan kelahiran luar nikah itu dengan sebarang cara sekalipun membunuh. Maka,pengaruh media massa adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi dalam menunjangi permasalahan ini.

Seterusnya,keluarga yang bermasalah juga turut menyumbang kepada permasalahan sosial ini. Hal ini telah dibuktikan menerusi satu kajian yang mengatakan bahawa rata-rata remaja yang terlibat dalam penyakit sosial ini adalah mangsa keruntuhan institusi keluarga. Sikap ibu bapa yang terlalu obses mengejar materialistik bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi telah menjadikan mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Remaja yang dahagakan kasih sayang pastinya akan mencari jalan mudah dengan mencari hiburan yang mampu meleraikan kegersangan mereka,dan ini akan memandu mereka ke kancah maksiat. Setelah terjebak ke kancah sosial yang tiada penamatnya itu,pastinya kes mengandung anak luar nikah akan terjadi. Jalan singkat yang difikirkan,pastinya pengguguran mahupun membuang sahaja bayi tersebut kerana gusar akan dicemuh oleh masyarakat.

Selain itu,sudah terang lagi bersuluh,pastinya kurang penghayatan terhadap nilai agama dan tiada pengetahuan tentang batas-batas pergaulan merupakan pemacu kepada polemik ini. Asas didikan agama yang mapan dan cukup adalah elemen yang terpenting ke arah memacu kehidupan seseorang manusia. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama pula mampu menjadi benteng kepada individu itu bertindak atas norma kehidupan manusia kerana individu tersebut sedar akan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan seperti penzinaan yang pastinya akan mengundang kehamilan luar nikah. Maka,ketiadaan penghayatan terhadap nilai agama mampu mewujudkan polemik sosial ini.

Bagi membendung masalah ini dari terus menjadi barah dalam kalangan remaja kita,amnya,langkah yang spesifik,drastik dan holistik perlu diimplementasikan sewajarnya agar pemasalahan ini dapat diatasi. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah peranan ibu bapa remaja itu sendiri ke arah menyediakan didikan yang cukup terhadap anak-anaknya. Didikan haruslah diterapkan sejak kecil lagi sesuai dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Pendidikan yang diberikan haruslah seimbang dari aspek rohani dan jasmani supaya setelah dewasa kelak mereka mampu menghadapi segala anasir-anasir luar. Perhatian yang sepenuhnya juga harus diberikan agar anak-anak tidak terasa terabai dan dihargai. Pemerhatian juga perlu dilakukan sentiasa terhadap aktiviti kanak-kanak supaya terkecuali dari melakukan sebarang gejala negatif seperti seks bebas,seterusnya pembuangan bayi.

Akhir sekali,pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama untuk membantu mengurangkan masalah ini. Baru-baru ini,cadangan penubuhan ‘Tabung DNA’ merupakan satu langkah yang perlu disokong oleh seluruh rakyat kerana menerusi pelaksanaan ini,ibu bapa yang terlibat dalam kes pembuangan bayi akan lebih mudah untuk dikesan kerana setiap bayi yang dilahirkan akan diambil sampel DNAnya untuk simpanan pihak hospital. Selain itu,pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan perlulah menggiatkan lagi program-program kesedaran yang sedia ada bermula dari sekolah rendah lagi agar kesedaran timbul lebih awal dalam diri pelajar. Hai ini dikatakan mampu menjadi perisai kepada mereka kerana telah mempunyai maklumat tentang perkara yang sepatutunya dilakukan. Jika perlu,pengenalan subjek pendidikan seks juga boleh diambil kira.

Kesimpulannya,isu pembuangan bayi ini haruslah diberi perhatian yang sewajarnya oleh setiap pihak supaya gejala ini tidak terus-menerus menjadi barah yang mampu menjejaskan imej negara satu hari kelak. Segelintir rakyat kita seolah-olah telah hilang pedoman diri sehingga sanggup menganiayai nyawa bayi yang tidak berdosa. Segala agenda dan langkah yang telah dirangka oleh kerajaan haruslah difahami dan dilaksanakan oleh semua pihak agar gejala pembuangan bayi tidak lagi menjadi nanah yang terus mencengkam kehidupan masyarakat.

Dihasilkan oleh NurAfizatul Azwa (6 Atas Arif, 2010)

* Karangan ini bersifat autentik iaitu dihasilkan ketika peperiksaan akhir penggal , tanpa proses edit oleh guru.

24 ulasan:

luahanhatipejuang berkata...

JIKA ADA LAGI SUMBER BARU TOLONG SHARE YE.....http://hidupakupunyapasal.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

terbaik...

GURU ANDA berkata...

PELAJAR-PELAJAR 6 ATAS BESTARI,ARIF,CEMERLANG,DEDIKASI...WAJIB CATATKAN KOMAN ANDA DI RUANG INI.CATATKAN NAMA PENUH ANDA.

Prescilla Walter berkata...

ternyata saya punya bhsa bnyak beza dgn senior sya ckgu..sya lmah dlm pengolahan bhsa..idea itu memang ada cuma cara hendak mengolah itu tiada..apa2 pun ckgu, esei ini memang terbaik yg prnah sya bca..tq..
Prescilla Walter 6AB

Nabila binti Sulaiman berkata...

terbaik...!!!!tp karangan sya buat tak sperti karangan yg di atas,dr segi bhasa,pengolahan ayat dan byk perbezaan berbanding karangan yg senior saya buat.seperti yg ckgu kata hari tu...karangan saya 'lintang pukang'...saya pun perasan jugak sbb masa nk tulis karangan,rasa menggelabah pulak,tkut tak cukup masa dan selagi masa msh ad ni saya akan berusaha dgn lebih gigih lagi.takkan berhenti sehingga ke garisan penamat..InsyaAllah....

elvina charles berkata...

wah !! bahasa yang digunakan amat mantap :) karangan yang azwa buat ni bagus :)dan saya punya karangan memang jauh ke *berbeza*
btw..thanks for infomation madam jasmin :D

Tanpa Nama berkata...

Jakop Michael berkata...

Bagi saya,, karangan ini sangat menarik dan pengolahan bahasa yang cukup sistematik ..
Karangan beliau dapat menarik minat para pembaca termasuk saya dan juga menyemak kertas itu...
Mungkin karangan saya sangat jauh berbeza seperti kata kawan2 saya.. Terima kasih juga kepada Cikgu Jasmin kerana selalu memberi maklumat kepada kami... Saya yakin saya akan melakukan yang terbaik... Bah kata BATTLE CRY SEKOLAH KITA "REACH FOR THE STAR WE WANT TO BE THE BEST!!" hehe...

Tanpa Nama berkata...

angela chin29 berkata....
karangan yang cikgu olah adalah lebih bagus daripa yang kami karang.. sedangkan kami cuba untuk menolah yang terbaik,namun masih juga tidak dapat menghasilkan mutu karangan yang baik.. tambahan pula,saya dapati bahawa hampir semua termasuk saya berkemungkinan masih lemah dalam membina kosa kata yang baru bagi menggantikan kosa kata yang telah lama kami gunakan bertahun-tahun. namun,terima kasihlah kepada cikgu kerana masih bersabar dengan kelemahan kami dalam mengarang. harap maaf terhadap karangan yang kami olah itu membuatkan cikgu berasa dukacita.. kami akan terus berusaha demimasa depan kami..^@^

Tanpa Nama berkata...

Kon Lee Lee@6AB
Baik!!Karangan tersebut memang menarik perhatian saya dan pengunaan bahasa yang cantik..karangan saya memang jauh berbeza,saya lemah dalam pengolahan bahasa..

Tanpa Nama berkata...

Mawing berkata....
trima kasih ckgu Jasmin kerana memberi contoh krngan yang sngat baik, penggunaan kosa kata dan bahasa yng srtegik karangan ini akn djadikan panduan terutamanya sya yng sngat lemah dlam pengolahan bahasa...

Tanpa Nama berkata...

trima ksih cgu krana tlah berusaha mmbantu kmi smua dlm mnghasilkan krangan yang bermutu dan berkualiti.sya akan mncuba mmbuat yang terbaik spt yg cgu hrapkan.stlah sya mmbaca krangan senior ni sya rsa sya blum prnah mnghasilkan krangan yg sbaik ini.sya mmbaca krangan tersbut bnyak mnggnakan pkataan yg bombastik.ayat2 yg diolah mdh utk dfhami dan sngat tsusun

LOGESWARAN A/L MUTHURAMAN berkata...

Bahasa yang digunakan adalah sangat cantik dan menarik.... boleh dibaca oleh semua orang...

Tanpa Nama berkata...

karangan yang dihasilkan sngt bermutu tinggi dan sngt mmbntu saye.thx

Tanpa Nama berkata...

ayat yang matang huraian yang menarik harap saya dapat macmni dalam karangan saya

fazieyra berkata...

karangan ini sangat menarik dan bahasa yang sangat sesuai di gunakan... ianya juga sangat membantu saya dalam menghasilkan karangan yang diberi oleh cikgu saya.. terima kasih ..:)

Tanpa Nama berkata...

karangan ini memang tidak dinafikan berada dalam kategori karangan yang baik...namun, sy merasakan ada kesalahan kecil yang tersimpul dlm kargn tsbut. Pengarang menulis, [SEGALA ANASIR-ANASIR]....SEGALA[menunjukkan jamak,jd tak plu ulang anasir-anasir.cuma tulis segala anasir ataupun tak plu guna segala.cuma tulis anasir-anasir shj]......

Tanpa Nama berkata...

sememangnya terbaik. . ..
bohong lah klu kta ckp xde ksalahan. .
walaupun,ade ksalhan skit2 tpi ini lah yg terbaik.
pljar ni memang pndai mengarang ..



gadis azalea berkata...

walaupun saya baru setahun jagung...tetapi saya karangan ini amat menarik minat saya..tq...
p/s: boleh saya guna dalam PMR~hehe...

Blessed Servant berkata...

Salam. Harap ni dapat bantu saya, 17 hari lagi nak SPM :) Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

gud essay...i can put....n i can read a lots...

Nasri berkata...

banyk kosa kata yg mantap dan ia boleh membantu meningkatkan penulisan saya

Wawa Kardir berkata...

terharunya cikgu masukkan karangan saya dalam blog cikgu :) semua ini adalah berkat didikan cikgu.and till now,sy admire cikgu !

Tanpa Nama berkata...

Wahhhh.. sungguh mantap karangan ini dari segi olahan kata... sangat berbeza karangan yang saya buat... apa2pun terbaik Azwa ni..

Unknown berkata...

👍

Catat Ulasan