Penanda Huraian Isi Karangan
a.       Hal ini demikian kerana
b.      Hal ini berlaku kerana
c.       Hal ini terjadi kerana
d.      Hal ini disebabkan oleh
e.      Hal ini wujud akibat daripada
f.        Hal ini bersangkut paut dengan
g.       Hal ini berpunca daripada
h.      Hal ini tercetus apabila
i.         Hal ini timbul aapabila

Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Cth : Gejala ragut  yang berleluasa  dewasa ini umpama nanah  masyarakat  (huraian 1) ..........(X)............. membimbangkan semua pihak.(huraian 2)
a.       justeru
b.      malah
c.       malahan
d.      tambahan pula
e.      sementelahan
f.        sekali gus
g.       di samping
h.      bahkan

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a.       Walaubagaimanapun
b.      Namun demikian
c.       Daripada perspektif  yang berbeza
d.      Jika dilihat dari sudut lain
e.      Kontradiksinya

LATIHAN 2/4

Ahad, 1 April 2012

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar daripada penyakit yang dihidapi oleh manusia pada masa ini berpunca daripada masalah pencemaran. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini. Bincangkan.
-sila bina perenggan pendahuluan bagi soalan tersebut.
-pastikan ayat bayangan isi tepat; gunakan pendekatan bersetuju dahulu dengan tajuk, kemudian bincangkan punca-punca lain.
-pastikan perenggan pendahuluan yang dibina ada diselitkan fakta,frasa menarik atau peribahasa

Ketidaktelitian Pelajar dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu

Sabtu, 31 Mac 2012

Makalah ini akan memperkatakan kelemahan yang dimaksudkan itu, berdasarkan latihan karangan murid yang  diminta untuk menjawab Soalan 3 Bahasa Melayu STPM 2010.
          Penglibatan sesetengah remaja dalam kumpulan samseng pada hari ini dikatakan berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut?
                Sekiranya dibaca dengan teliti, kehendak soalan tersebut jelas. Soalan itu meminta murid agar mengemukakan pandangan tentang pendapat yang mengatakan bahawa penglibatan sesetengah remaja dalam kumpulan samseng berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka. Bagi soalan yang sedemikian, murid boleh menjawabnya melalui tiga pendekatan, iaitu:
1.    Bersetuju sepenuhnya dengan pendapat tersebut.
2.    Tidak bersetuju langsung dengan pendapat tersebut.
3.    “Bersetuju sebahagian” dan “tidak bersetuju sebahagian” dengan pendapat yang dikemukakan itu.

Jika bersetuju sepenuhnya, murid hendaklah mengemukakan semua isi tentang kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab yang menyebabkan anak remaja mereka menyertai kumpulan samseng. Jika tidak bersetuju langsung, murid perlu mengemukakan isi lain, iaitu bukan faktor ibu bapa yang menyebabkan remaja menyertai kumpulan samseng. Seandainya memilih pendekatan yang ketiga, murid boleh mengemukakan beberapa isi tentang kegagalan ibu bapa dan beberapa isi tentang faktor lain. Dengan hal yang demikian, pendekatan yang ketiga ternyata lebih memudahkan murid untuk memikirkan isi bagi menulis karangan tersebut.
Walaupun soalan seumpama itu bukan lagi asing bagi murid, sebagai akibat kurang teliti menerima penjelasan guru, masih terdapat murid yang menulis perkara lain yang tidak dikehendaki. Sebagai contoh, terdapat segelintir murid yang turut mengemukakan satu dua isi tentang langkah untuk menangani budaya samseng dalam kalangan remaja. Dalam peperiksaan STPM, isi yang tidak tepat seperti itu tidak diberi apa-apa markah kerana pemeriksaan dilakukan berdasarkan ketepatan isi dan kejelasan pengolahannya. Bagi tajuk tersebut, sekiranya murid menulis lima isi, iaitu tiga isi tentang punca dan dua isi tentang langkah, dia diberi markah untuk isi punca sahaja. kesilapan yang sedemikian pasti menjejaskan markah karangan murid.
Ada juga segelintir murid yang menulis punca remaja menjadi samseng, bukannya punca mereka melibatkan diri dalam kumpulan samseng. Walaupun tiada perbezaan yang ketara dari segi isi, pengolahannya kurang tepat. Kelemahan sedemikian tidak mungkin berlaku sekiranya murid membaca soalan dan memikirkan isinya dengan teliti sebelum menulisnya.
Selain itu ada juga murid yang kurang teliti semasa mengemukakan isi karangan. Sebagai contoh, beberapa orang murid yang menulis karangan itu telah mengatakan bahawa penglibatan remaja dalam kumpulan samseng berpunca daripada undang-undang yang tidak ketat atau sikap pihak sekolah yang tidak mengambil berat tentang soal disiplin kerana terlalu menumpukan akademik. Isi sedemikian tidak tepat. Hal itu dikatakan demikian kerana dari segi realitinya, kerajaan sentiasa berusaha untuk membanteras gejala samseng, termasuklah mengenakan hukuman penjara terhadap anggota kumpulan samseng, tidak mengira orang tua atau remaja, sekiranya memang terbukti mereka melakukan kesalahan.
Pandangan bahawa pihak sekolah mengabaikan soal disiplin murid juga tidak tepat. Hal itu dikatakan demikian kerana hampir tiada sekolah yang sengaja membiarkan muridnya menyertai kumpulan samseng. Demikian juga sekolah yang tidak sekali-kali mengabaikan soal disiplin murid.
Daripada aspek yang lain pula, kebanyakan murid yang menyokong pendapat tersebut mengatakan bahawa ibu bapa pada hari ini tidak lagi bertanggungjawab kerana mereka hanya tahu bekerja tanpa mengambil berat soal anak. Pernyataan seumpama itu membawa maksud bahawa semua ibu bapa pada hari ini bersikap sedemikian. Apakah perasaan ibu bapa murid sekiranya mereka terbaca karangan anak yang menuduh mereka bersikap demikian? Bukankah lebih wajar sekiranya ditulis terdapat “segelintir” ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing hingga tiada masa untuk bersama-sama anak. Penulis yakin bahawa murid juga tidak bermaksud semua ibu bapa bersikap sedemikian, namun kerana kurang teliti, pendapat yang tersirat gagal disuratkan.
Petikan daripada Pelita Bahasa

MERAIKAN KEJAYAAN ANAK DIDIK

Rabu, 21 Mac 2012

Perjumpaan tetap meriah walaupun ramai yang tidak dapat hadir atas pelbagai komitmen...serta rakaman lensa wajah-wajah yang malu -malu kucing :)

RENUNG-RENUNGKAN

Khamis, 8 Mac 2012

SENARAI PRINSIPAL A BM 2011- TAHNIAH PELAJAR-PELAJARKU

Selasa, 6 Mac 2012

1.Mohd. Hafiz b. Ismail
2.Phyrilis Daong
3.Pamella Ulin
4.Fam Fun Moi
5.Racheal Siward
6.DOROTHY JENNY
7.JACQUELINE NANTA
8.AGNES LIKA
9.TIONG NGIE FONG
10.LAWI CHALANG
11.HARRIF BIIN HUSSEIN
12.NORHIDAYAH BT SEMI
13.PAMELA MUTI WILSON
14. REJINA AK. LIBAU
15.BRENDA HILDA
16.FREDA JATI
17.TYANA CYMA
18.MARIA CYNTHIANA
19.MASITAH BT. MASAHOR
20.WILSON MELI
21.NORJAWAI SIMON
22.CAMILIA CHANDA
23.NUR FARHANA BT HAMDAN
24.SITI ARJUNA BT ABANG
25.CATHERINE AK JACOB
26.NURQURAISHA BT. MUSI
27.MUHD. RUZAINI

Tahniah juga kepada 35 orang pelajar (42.5%) yang memperoleh prinsipal B ,mungkin nasib yang kurang menyebelahi.Sekurang-kurangnya, anda tidak menyesal kerana telah berusaha sebaik mungkin.
Anak didikku, ku lepaskan mu....setelah ilmuku tebarkan.Bawalah dirimu seadanya..renangilah segala perjalanan penuh ranjau sebagai universiti kehidupan

ANALISIS PERCUBAAN NEGERI-NEGERI 2011 (SOALAN 910/2 BAHAGIAN A)

Jumaat, 18 November 2011


Negeri
Isu
Fokus Soalan









Kedah
1. Gejala penagihan semula dadah membimbangkan semua pihak.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?.
2. Fenomena pemerdagangan manusia menimbulkan pelbagai masalah.

Jelaskan faktor-faktor dan bincangkan implikasinya kepada masyarakat dan negara.
3. Vandalisme selalunya dikaitkan dengan keruntuhan institusi kekeluargaan.
Sejauh manakah anda setuju dengan penyataan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya.
4. Lambakan produk tiruan di pasaran menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Sediakan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan pengguna untuk menyatakan kekesalan dan langkah-langkah untuk mengatasinya.








Pahang
1. Kewujudan laman sosial seperti “facebook”, “twitter”, dan “blog”.
Bincangkan impak laman sosial ini kepada masyarakat dan negara.
2. Malaysia dikatakan mempunyai kekuatan untuk menjadi pusat pendidikan serantau.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut?
3. Pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik.
Jelaskan kebaikan pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik tersebut.
4. Stesen televisyen dan pengusaha pawagam cenderung menyiarkan drama dan filem yang berunsur mistik
Tulis memorandum untuk menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan kemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu.







Terengganu
1. Masalah pengangguran dalam kalangan belia.
Jelaskan kesannya kepada masyarakat dan cadangan untuk menanganinya.
2. Kebanyakan pasar tani menjadi tumpuan.



Huraikan faktor-faktor yang mendorong orang ramai mengunjungi pasar tani dan jelaskan kemudahan yang perlu disediakan di pasar tani.
3. Kepentingan hubungan yang erat dalam kalangan ahli keluarga.


Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengeratkan dan mengekalkan hubungan kekeluargaan?
4. Kajian tetang kesan pertubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sediakan satu laporan tentang kesan pertumbuhan IPTS kepada rakyat dan negara ini.












Selangor

1. Penyediaan dan penjualan makanan di kantin sekolah yang tidak sempurna dan tidak sihat meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada murid-murid.
Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, sediakan memorandum untuk menyatakan permasalahan yang timbul dan kemukakan juga usul untuk menangani masalah ini.
2. Kemudahan yang disediakan dalam bidang sukan dapat meningkatkan prestasi atlet dan mutu sukan negara. 
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
3. Peranan pertubuhan belia dalam
merealisasikan wawasan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Sediakan teks syarahan anda.
4. Penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia.
Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini  terhadap masyarakat.





Negeri Sembilan
1. Pencapaian negara dalam beberapa jenis sukan di peringkat antarabangsa belum mencapai tahap yang diharapkan.
Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.
2. Penggunaan laman web sosial semakin meluas.
Bincangkan kesannya terhadap golongan remaja.
3. Kewujudan restoran makanan segera banyak mehmpengaruhi corak hidup masyarakat.
Tulis laporan sebagai setiausaha Persatuan Pengguna.
4. Menggiatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan penyertaan pelabur asing.
Bincangkan usaha-usaha untuk menarik pelabur asing.






Sabah
1. Program 1Murid 1Sukan banyak mendatangkan manfaat kepada murid.
Huraikan manfaat tersebut.
2. Filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik.
Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.
3. Internet dikatakan dapat memainkan peranan penting untuk mencorakkan kehidupan masyarakat di sesebuah negara.
Berikan pandangan anda tentang keepentingan internet kepada masyarakat dan negara.
4. IPTS dapat membantu negara meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan rakyatnya.
Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu diberikan oleh kerajaan terhadap pengendalian institusi tersebut. Bincangkan.







Perak
1. Pemerdagangan Orang ialah suatu jenayah kemanusiaan yang  dipandang serius pada masa ini.
Huraikan  usaha dan cabaran  untuk menanganinya.
2. Perniagaan pinjaman wang secara haram
Huraikan punca berlakunya fenomena ini dan bentuk pengawalan yang boleh dilaksanakan dalam usaha membanterasnya.
3. Terdapat  pelbagai laman sosial di internet yang dilayari oleh  masyarakat, khususnya     golongan  remaja.
Bincangkan kesan aktiviti tersebut.
4. Kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan  semakin membimbangkan masyarakat.
Sediakan memorandum untuk menyatakan kekesalan dan langkah-langkah untuk menangani permasalahan ini.

KREDIT :Cikgu Khir Kasim