KARANGAN: PUNCA-PUNCA PEMANSAN GLOBAL

Isnin, 14 November 2011

                Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap empat penjuru dunia tentang fenomena pemanasan global. Fenomena pemanasan global menyebabkan suhu bumi menjadi begitu tidak stabil, malah sering berubah mengikut masa. Akibat daripada pemanasan global, ais di kutub utara mencair dan hal ini menyebabkan aras air laut meningkat. Hal ini akan menyebabkan kejadian atau fenomena banjir. Untuk mencegah keadaan ini daripada terus menjadi semakin serius, tindakan yang efisien dan efektif perlu diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan. Punca-punca yang menunjangi fenomena pemanasan global ini perlu diselidiki hingga ke akal umbi bagi mengelakkan daripada fenomena ini menjadi semakin serius.
            Pembakaran terbuka merupakan salah satu punca yang menyebabkan fenomena pemanasan global. Pembakaran terbuka menyebabkan pemanasan global apabila bahan-bahan yang dibakar mengeluarkan gas yang boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon menipis cahaya daripada matahari akan diserap masuk dengan kualiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan persekitaran di bumi terasa panas. Buktinya di kawasan padang pasir, pada waktu siang keadaan di sana sangat panas apabila malam pula keadaannya begitu sejuk mencecah sehingga 1°C. Kesimpulannya, pembakaran terbuka adalah salah satu punca yang menyebabkan pemanasan global, perkara ini perlu dielakkan agar fenomena ini tidak menjadi begitu serius.
            Penggunaan bahan yang mengandungi kloroflorokarbon [CFC]. Gas kloroflorokarbon berfungsi sebagai penyejuk, pembebasan gas kloroflorokarbon juga boleh menyebabkan lapisan ozon bumi menjadi nipis. Dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar ataupun tidak, kita sering menggunakan bahan yang mengandungi gas kloroflorokarbon. Antaranya ialah, peti sejuk dan penyaman udara. Bahan atau alat ini membebaskan gas kloroflorokarbon. Memang tidak dapat dinafikan bahan atau alatan ini membawa bermacam-macam faedah untuk kehidupan seharian kita. Pada masa kini pelbagai inovasi telah dilakukan oleh kerajaan kita bagi mencegah penggunaan gas kloroflorokarbon ini, kerajaan telah mencipta alatan yang berunsur mesra alam bagi mengatasi masalah penipisan lapisan ozon. Kita haruslah menyahut seruan kerajaan dengan menggunakan alatan-alatan mesra alam bagi mencegah fenomena pemanasan global.
            Pada masa kini, aktiviti pembangunan giat di jalankan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat sekeliling. Oleh hal yang demikian, aktiviti penyahutanan perlu dilakukan bagi mendapatkan tempat atau ruang untuk melakukan aktiviti pembangunan. Aktiviti penyahutanan akan menyebabkan kadar gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia tidak lagi dapat diserap oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Gas karbon dioksida ini akan dilepaskan ke ruang atmosfera. Oleh hal itu, aktiviti pembangunan dan aktiviti penyahutanan perlulah dikurangkan bagi membolehkan gas karbon dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.
            Pelepasan asap daripada kilang-kilang dan kenderaan juga merupakan punca yang menyebabkan fenomena pemanasan global. Asap daripada kilang dan kenderaan bukan sahaja boleh menyebabkan pencemaran udara ia juga turut memberi implikasi kepada lapisan ozon dan suhu bumi. Gas yang dilepaskan oleh kilang dan kenderaan mengandungi gas beracun yang boleh menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis. Pihak kerajaan juga telah menjalankan kempen kongsi kereta bagi mengurangkan kadar atau jumlah pembebasan asap daripada kerajaan. Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga boleh digunakan bagi mengurangkan jumlah asap yang dibebaskan ke udara. Bagi pengusaha-pengusaha kilang mereka perlulah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
            Pembinaan bangunan pencakar langit, kini setiap negara di dunia berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Pembinaan bangunan yang tinggi boleh menyebabkan suhu dunia bertambah kerana kejadian pulau haba. Pulau haba merupakan salah satu faktor yang menyebabkan suhu semakin meningkat. Apabila suhu meningkat keadaan muka bumi akan menjadi lebih panas. Apabila berasa panas ia akan mendorong seseorang untuk menggunakan penyaman udara. Punca-punca yang menyebabkan fenomena pemanasan global adalah saling berkaitan di antara satu sama lain.
            Setiap anggota masyarakat tidak kira bangsa perlulah saling membantu dan bersama-sama berganding bahu bagi mengelakkan fenomena pemanasan global daripada terus berlarutan sehingga menjadi semakin serius, bak kata pepatah, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada setiap anggota masyarakat, punca-punca pemanasan global ini tidak akan mampu dielakkan.

**Karangan ini dihasilkan oleh pelajar saya ketika beliau menduduki peperiksaan akhir tahun, dan dimuat turun tanpa proses edit. Terdapat beberapa aspek perlu dimurnikan khususnya pengolahan karangan. Namun demikian, bagi tahap tingkatan 6 Rendah, kemahiran mengarang masih banyak yang perlu digilap dan pelajar berikut memiliki potensi cerah untuk skor dalam kertas 2.

Dihasilkan oleh : Syaidatul Nadia ( Tingkatan 6 Rendah Bestari 2011)

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

esei not bad,isi mcm x kne lah,mcm mne ekk,tpi kne jgak la,ble laaa drpd x der

Tanpa Nama berkata...

not bad...

Tanpa Nama berkata...

No

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata

Tanpa Nama berkata...

bagus sangatlah.

Tanpa Nama berkata...

ok jerr..........

Tanpa Nama berkata...

tulisan tak nampak sangat..

Tanpa Nama berkata...

tak nmpak la...ape laa

Tanpa Nama berkata...

awesome i got full markh in school from a spm marking teacher

Unknown berkata...

Karangan Yang Sangat Bagus,Terima Kasih Atas Perkongsiaannya :)

Tanpa Nama berkata...

Membantu saya dalam kerja rumah

Tanpa Nama berkata...

isi yang mantap..

Unknown berkata...

karangan ini amat baik trima kasih ! sangat membantu saya

Tanpa Nama berkata...

Kpd sesiapa yg x nmpk tngok krg ni, mude jerr XD cume highlight smue isi krg ni dahlah bleh tngk

Unknown berkata...

Mark untk stpm berapa...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Kalau says jadikan sbg rujukan utama dlm stpm...berapa mark? /50

Tanpa Nama berkata...

bgs! sesuai utk isi lisan for pt3. chayyok!!!
:)

Tanpa Nama berkata...

stpm tidak dibenarkan menggunakan peribahasa dan ayat2 yg seperti sedarsawa ini,perkara yg sering meniti di bibir.................

Unknown berkata...

Tajuk ini ialah tajuk karangan STPM 2016!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Oklah ni,siap kerja rumah aku hehehee

Unknown berkata...

totally execellent writing ever !

Tanpa Nama berkata...

untuk makluman semua, pembakaran terbuka tidak menipiskan lapisan ozon, sepatutnya kloroflorokarbon yang menipiskan lapisan ozon. Lain kali fakta kena betul dan tepat :D

Tanpa Nama berkata...

Basic. Sedarsawarsa ini... very common. Tetapi isinya dikira ok.. but for STPM level,I don't think it's good enough

Tanpa Nama berkata...

Srsly? Hmm.. spm marking teacher? U sure about that

Tanpa Nama berkata...

Tiada baris kata

Catat Ulasan