NOTA : PERANAN BAHASA MELAYU

Isnin, 14 November 2011



Bagi saya, "bahasaku  takkan sirna sinarnya, selagi Melayu tak hilang di dunia."
Sesungguhnya, agenda memperkasa bahasa kebangsaan "dibangkitkan" sepanjang masa, dan lebih hangat lagi selepas pemansuhan PPSMI. Berikut merupakan artikel yang menarik berkenaan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dihasilkan oleh mantan pensyarah saya iaitu Dr. Awang Sariyan . Moga  artikel ini memberi manfaat kepada pembacanya.


1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diri

Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.


3) Bahasa perpaduan

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.
4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.


5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa MalaysiaBahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.


6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya
Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.



Bahasa Jiwa Bangsa.
Cintailah Bahasa Kita !
Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hye...karangan ini amat menakjubkan..,namun bagai mawar yang sudah pasti ada durinya,karangan ini juga terdapat beberapa ksalah ejaan...n_n...walaubagaimnapun,sya mudah memhaminya...dan sy gnakan krangan ini sbgai pmbentangan bahasa Melayu sy nati...hehehx

Tanpa Nama berkata...

Fiq..

Alhamdulilah..terima kasih atas perkongsian..Mohon dijadikan sbg rujukan.terima kasih :)

shah berkata...

KARANGAN YANG BAIK

shah berkata...

KARANGAN YANG BAIK

Unknown berkata...

saya ambil sedikit isi teksnya utk pertandingan pidsto..tq yer

daniel prasad mah selvarajah berkata...

baik dan ia menolong saya belajar

akim berkata...

karangan yang bagus. saya cuma nak bagi tahu. saya tiru tau buat assingment induvidu uni saya . hahahaha . jagan ambik hati

Catat Ulasan