PANDUAN MENULIS KARANGAN ( siri 1)

Ahad, 22 Mei 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Suka saya nyatakan bahawa, perkara yang akan saya bincangkan sebentar lagi merupakan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai bekas pelajar Tingkatan 6 dan sekarang sedang mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 6.

Terlebih dahulu , selamat menimba ilmu saya ucapkan kepada pelajar Tingkatan 6 Rendah, pastinya anda merasai betapa berbezanya pengalaman menulis karangan SPM dan STPM.

Sesungguhnya, menulis karangan sepanjang 650-700 patah perkataan merupakan cabaran yang maha hebat bagi kalian namun, ia tidaklah sesusah yang disangkakan.

Tidak percaya? Indikator saya amat mudah.

Pertama, semai dan tanamkan minat dalam penulisan karangan/esei. Ya, itulah keutamaan jika mahu mencapai kecemerlangan dalam bahagian A. Minat mengarang juga mesti disertai dengan minat membaca bahan ilmiah .Tidaklah memadai sekadar mendengar dan menonton rancangan TV berbentuk ilmiah .Pengalaman membaca tidak sama walhasilnya dengan pengalaman mendengar kerana anda akan diuji menulis bukannya ujian lisan. Ingat, pengalaman membaca akan mencorak gaya penulisan anda, impaknya besar kerana anda akan memperoleh diksi, frasa, idea, teknik kupasan /pengembangan idea dan hujah yang menarik dan bervariasi. Percaya atau tidak, penglaman membaca bahan ilmiah secara konsisten akan membentuk anda menjadi seorang yang kritis. Pemikiran kritis inilah perlu ada dalam diri seorang penulis yang hebat. Penulis yang kritis dan kaya pengetahuannya , tidak perlu dipaksa untuk menulis kerana mereka tidak sabar-sabar untuk melontarkan idea akal fikir dan mewarnakannya dengan gaya bahasa menarik diatas kertas.Nah! secara tidak langsung, anda tahu bahawa tugas untuk menulis karangan tidaklah terlalu rigid dan jumud.

Perlu diingat bahawa, segala yang dibincangkan tadi hanyalah pra-syarat utama dalam penulisan karangan. Terdapat beberapa kriteria lagi yang perlu anda penuhi jika mahu menghasilkan karangan yang mantap dan memenuhi aspek pemeriksaan. Antaranya aspek tatabahasa, kerelevenan isi, pengolahan dan lain-lain. (aspek-aspek ini akan dibincangkan dalam penulisan entri yang akan datang. Insya-Allah)

Mungkin berlegar di benak pemikiran anda bahawa kaedah tadi hanya releven bagi segelintir pelajar yang memiliki asas bahasa yang sudah sedia mantap di peringkat SPM. Baik, saya akan ungkaikan persoalan tersebut dan jawapannya akan saya huraikan pada coretan entri yang akan datang. Akhir kalam, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Sekian. Wallahua'lam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

SAYA Noraini Binti Mohd Zainal.saya bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN BATU EMPAT (1) JALAN IPOH
KUALA LUMPUR 52800

SAYA ADA 2 ORANG ADIK-BERADIK, IAITU SAYA & ADIK SAYA IAITU HESHAM BIN MOHD ZAINAL UMUR DIA BARU 6 TAHUN. TAHUN DEPAN 2013 UMUR DIA 7 TAHUN DARJAH 1. SAYA ADA KELUARGA YANG SANGAT BEST DAN TENANG SANGAT.NAMA IBU SAYA IALAH AISAH BINTI MAKA DAN AYAH SAYA NAMA DIA IALAH MOHD ZAINAL BIN MUHAMMAD.NAMA ATUK SAYA IALAH MOHD ZAINAL BIN MUHAMMAD JUGA.

SAYA INGIN MENCERITAKAN TENTANG KELUARGA SAYA
KELUARGA SAYA INI MEMANG DULU ADA MASALAH TAPI SEKARANG TAK ADA LAGI MASALAH LAGI,ALHAMDULILLAH SEBAB MASALAH KAMI SEKELUARGA DAH SELESAI....

SAYA ADA MASALAH DENGAN BUDAK YANG BERNAMA JILANG GEDIK TU.....DIA TU SELALU CARI GADUH DENGAN SAYA LEPAS TU SAYA PERGI GADUH DENGAN DIA KAT TAMAN PERMAINAN PADA PIKUL 8:30 MALAM.

LEPAS TU ADA ORANG DATANG TIBA TIBA MENGHALANG KAMI SUPAYA TAK YAH GADUH LAGI..ALLHAMDULLILAH

MASALAH KAMI DAH SELESAI.......SAYA CERITAKAN PEGALAMAN SAYA SAJE.KALAU IBU BAPA SAYA TAK BOLEH SEBAB NANTI IBU BAPA SAYA MARAH....OK

SAYA SANGAT BERSYUKUR SEBAB MASALAH KAMI SEKELUARGA SUDAH PUN SELESAI DAN SEKARANG KAMI HIDUP DENGAN TENANG DAN AMAN DAMAI...


ITU SAJA CERITA SAYA .UNTUK PENGETAHUAN ADA SAYA TULIS CERITA INI SEBAB SAYA SUKA TYPEKAN CERITA SAYA KAT KOMPUTER SAYA DAH BANYAK SAYA SIMPAN CERITA CERITA SAYA DAHULU.....


SYUKUR ALHAMDULLILAH,SAYA DAPAT JUGA TULIS CERITA TERAKHR INI....LEPAS TU SAYA DAH TAK TYPE LAGI...ALHAMDULLILAH

INSYAALLAH,KALU SAYA ADA MASA NANTI SAYA AKAN SAMBUNG LAGI.

SEBAB SAYA MESTI TUMPU KAN KEPADA PELAJARAN SEBAB TAK LAMA LAGI SAYA AKAN MENGHADAPI
(PKBS 2).

SEKIAN.WALLAHUA'LAM

Catat Ulasan