Ayat Aktif
ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan jika ada objeknya maka objeknya itu berperanan sebagai penderita.
Contohnya: Bayi itu tidur atau Ali sedang membaca buku.
Ayat Pasif
ayat yang subjeknya berperanan sebagai penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif. Contohnya: Buku itu (penderita) dibaca (kata kerja pasif) oleh Ali.
Ayat Pasif Diri Pertama
ayat yang terdapat kata kerja yang tidak berawalan men-. Kata kerja itu pula didahului oleh kata ganti diri pertama.
Contohnya: Buku itu sudah saya baca.
Ayat Pasif Diri Kedua
ayat yang terdapat kata kerja yang tidak berawalan men-. Kata kerja itu pula didahului oleh kata ganti diri kedua.
Contohnya: Wang itu hendaklah kausimpan di dalam bank.
Ayat Pasif Diri Ketiga
ayat yang terdapat kata kerja pasif berawalan di-. Kata kerja itu pula diikuti frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh boleh digugurkan.
Contohnya: Dia dikejar oleh anjing atau Dia dikejar anjing.
Ayat Pasif Biasa
ayat pasif yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang.
Contohnya: Buku itu sudah saya baca.
Ayat Pasif Songsang
ayat pasif yang predikatnya di depan dan subjeknya di belakang.
Contohnya: Sudah saya baca (predikat) buku itu (subjek).
Ayat Perintah / Suruhan
ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu.
Contohnya: AmbiIIah barang itu atau Jangan pergi.
Ayat Perintah Aktif
ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja intransitif.
Contohnya: Pergilah atau Belajarlah atau Melompatlah atau Tersenyumlah.
Ayat Perintah Pasif
ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja pasif.
Contohnya: Bacalah atau Bacalah buku itu.
Ayat Larangan Aktif
ayat perintah aktif yang disertai kata keterangan jangan atau usah.
Contohnya: Jangan pergi, Usahlah termenung, dan Tak usah mengganggu sesiapa.
Ayat Larangan Pasif
ayat perintah pasif yang disertai kata keterangan jangan atau usah.
Contohnya: Jangan ganggu gadis itu dan Usah risaukan hatinya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan