KERJA KURSUS BM BAHARU/MODULAR

Ahad, 8 Julai 2012

Kerja Kursus

1 Pengenalan

Dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bahasa Melayu yang baharu, komponen pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) diterapkan kepada calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu. Melalui PBS, calon dikehendaki menyediakan dua kerja kursus, iaitu kerja kursus pada penggal kedua dan kerja kursus pada penggal ketiga. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus sepanjang pengajian tingkatan enam ialah 25%. Markah bagi komponen kerja kursus ini dijumlahkan dengan markah peperiksaan yang dikendalikan oleh MPM dalam setiap penggal bagi menentukan gred mata pelajaran dan Purata Nilai Gred Keseluruhan.

Pada penggal kedua, calon dikehendaki mengarang esei berformat manakala pada penggal ketiga, calon dikehendaki menghasilkan penulisan ilmiah. Panduan dan arahan tugasan akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

2 Objektif Tujuan kerja kursus ini diadakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon dalam

(a) memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
(b) menerapkan dan mengaplikasi domain kemahiran insaniah dalam mata
     pelajaran ini
(c) menerapkan kesedaran calon bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah
     berasaskan pembelajaran sepanjang penggal
(d) mengaplikasi pembelajaran dengan kaedah, teknik, dan strategi yang ilmiah
     seperti dengan memperoleh ilmu melalui sumber kajian, pengumpulan
     maklumat daripada pelbagai sumber, dan menyampaikan dapatan dan
     maklumat dalam bentuk komunikasi yang teratur, jelas, dan sahih.

3 Kerja kursus Penggal Kedua – Penulisan Esei Berformat

1  Pelajar dikehendaki menyediakan esei berformat secara individu.
2 Guru hendaklah menyediakan tajuk soalan esei berformat kepada pelajar.
3 Pelajar dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei
  bagi setiap format. Ketujuh-tujuh esei tersebut hendaklah disemak dan
   markah purata akan dihantar kepada MPM.
4 Pelajar dikehendaki menulis esei berformat dalam waktu pengajaran dan
  pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu.

4 Kerja kursus Penggal Ketiga – Penulisan Esei Ilmiah

1 Esei ilmiah dihasilkan secara berkumpulan dan dibentangkan oleh setiap ahli
  kumpulan mengikut bahagian masing-masing. Guru mentaksir pembentangan
  esei tersebut secara individu.
2 Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama lima
  minit. Lima minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap
  kumpulan.
3 Bagi calon persendirian individu, esei ilmiah dihasilkan dan dibentangkan secara
   individu.
4 Dalam sesi soal jawab, satu soalan daripada guru dan dua soalan daripada
  pelajar hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
5 Calon digalakkan untuk menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power
   point, LCD, OHP, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting pembentangan.
6 Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
7 Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa membuat
   pembentangan.
8 Markah penuh pembentangan sebanyak 50 markah diberikan untuk aspek
  kerelevanan, kelancaran, keterampilan, kebahasaan, dan penggunaan alat
  bantu. Wajarannya ialah 40%. Pemberian markah kepada setiap individu
  adalah berdasarkan prestasi pembentangannya.
9 Markah penuh penulisan esei sebanyak 50 markah diberikan untuk tajuk
   kajian, senarai kandungan, penghargaan, pendahuluan, objektif kajian, kaedah
   kajian, dapatan kajian, rumusan kajian, lampiran, dan bibliografi/rujukan.
   Wajarannya ialah 60%. Setiap ahli kumpulan diberikan markah yang sama
   bagi penulisan esei yang dihasilkan.

Sumber : Sukatan Pelajaran Sistem Modular Bahasa Melayu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Designed to sustain affection to the analog watch in to the 21st
century- it represents the culmination well over two decades of development
and research. In addition for their quest for excellence in timekeeping, these manufacturers
must pay close attention to style, in order to draw the
clients in and make them coming back. A  The touchscreen
display is an idea, that is widely found in cell phones and computer screens, along with supermarket
checkout registers.

my homepage w1.lv

Catat Ulasan