PUNCA-PUNCA KEMALANGAN MAUT DI JALAN RAYA

Isnin, 14 November 2011

Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia tentang isu kemalangan maut yang semakin banyak berlaku di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini dikatakan demikian kerana fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat kita.Tambahan pula,negara kita Malaysia telah disenaraikan sebagai sebuah negara yang mencatat jumlah kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya.Hal ini merupakan satu keaiban bagi seluruh penduduk di Malaysia. Biar kita ambil contoh,setiap hari sama ada dikaca-kaca televisyen,didada-dada akhbar, mahupun dicorong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia.Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca dan langkah-langkah yang menunjangi permasalahan ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Antara punca kemalangan maut yang paling signifikan ialah sikap pemandu atau penunggang itu sendiri.Hal ini disebabkan pemandu yang bersikap mementingkan diri,malah tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi jalan raya.Sebagai contoh,pemandu kenderaan yang memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan.Secara tidak langsung,pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.Antara contoh yang lain ialah,gelagat penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit,di selekoh,di garisan berkembar dan memotong di sebelah kiri kenderaan.Perdana menteri kita juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin menyangka bahawa mereka tidak akan menemui maut di jalan raya.Sudah terang lagi bersuluh,jelaslah bahawa sikap pemandu atau penunggang motosikal itu sendiri merupakan faktor utama menyebabkan berlakunya kemalangan maut.
Punca seterusnya ialah disebabkan keadaan struktur jalan raya yang tidak selamat daripada pelbagai aspek.Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat keadaan jalan raya yang berlubang-lubang,sempit,lampu jalan rosak dan tidak rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.Bukan itu sahaja,struktur jalan raya yang berbelok-belok sehingga menyebabkan kenderaan terbabas atau sukar dikawal.Selain itu,struktur cerun jalan yang curam meninggikan lagi risiko kerosakan brek.Bagi jalan yang lebar dan luas pula,keadaan tersebut meningkatkan kecenderungan pemandu memandu dengan laju.Sebagai contoh,di Lebuhraya Timur Barat,struktur jalan dikatakan kurang berkualiti kerana terdapat banyak kawasan jalan yang beralun malah banyak kemalangan maut direkodkan dikawasan itu.Intihannya,sudah jelaslah bahawa struktur jalan raya juga turut menjadi punca kepada berlakunya kemalangan maut.
Selain itu,kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga meerupakan punca berlakunya kemalangan maut.Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat,serta mampu memberi  kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan,namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan jalan raya.Biar kita ambil contoh,akibat daripada ketidak jujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah.Hal ini dikukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek.Bukan itu sahaja,dendaan dan kompaun sebanyak Rm300 bagi kesalahan seperti memandu melebihi had laju,melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu membayar jumlah tersebut.Oleh itu,impaknya,pemandu tidak kentar melakukan kesalahan di jalan raya.Konklusinya,kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan maut.
Antara langkah mengatasi masalah kemalangan maut ialah memperketat penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang sedia ada dengan lebih tegas.Lantaran itu,akta pengangkutan jalan 1997,perlu dipinda semula supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah trafik yang melibatkan kematian.Selain itu,penjara lima tahun tidak sesuai lagi malah harus digantikan dengan hukuman penjara selama 10 tahun mandatori.Disamping itu juga,’corporal punishment’atau deraan seperti hukuman rotan mandatori juga mesti diperkenalkan.Bukan itu sahaja,syarat pemilikan lesen memandu harus diperketat dan syarat umum pemilik lesen harus dipertingkatkan kepada 21 tahun.Hal ini kerana banyak kemalangan maut yang berlaku melibatkan golongan berumur belasan tahun.Kesimpulannya,penguatkuasaan undang-undang harus diperketat lagi bagi mengatasi masalah kemalangan maut.
Selain itu,antara usaha yang patut diimplementasikan ialah memperbanyak kempen yang sedia ada.Menerusi kempen keselamatan jalan raya yang sedia ada dengan pengisian baharu seperti iklan keselamatan dan kemalangan maut yang lebih realistik dan berkesan perlu disiarkan.Selain itu,pihak berkuasa juga harus menyiarkan lebih banyak propaganda tentang sikap buruk pemandu dan mencipta slogan-slogan baharu tentang kepentingan berhemah di jalan raya.Disamping itu juga,saluran media juga boleh digunakan untuk menyampaikan slogan-slogan seperti ’pandu cermat,jiwa selamat’, ‘jauhi jarak anda’ dan sebagainya secara berterusan.Hal ini kerana kempen boleh mempengaruhi pengguna supaya sedar akan kesan buruk kemalangan maut.Oleh itu,sudah jelaslah bahawa memperbanyak kempen yang sedia ada merupakan salah satu langkah mengatasi kemalangan maut.
Sebagai menutup tirai perbincangan,segala punca dan langkah mengatasi masalah kemalangan maut perlu diteliti dan diambil tindakan drastik lagi pragmatik demi kebikan bersama.Pihak berkuasa khususnya polis trafik haruslah mengadakan lebih banyak Ops Sikap bagi mengurangkan masalah kesalahan jalan raya yang mengakibatkan kemalangan maut.Selain itu,semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani masalah kemalangan maut.Segala usaha yang dilaksakan hendaklah berterusan dan istiqamah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah,barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi masalah ini.Oleh itu,semua masyarakat haruslah beringat dan jangan  jadikan lebuhraya sebagai pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah  yang perlu dihargai.

Dihasilkan oleh : Jacqueline Nanta ( 6 Atas Arif 2011)

45 ulasan:

daya jamal berkata...

bagus lah . banyak isi yang menarik . terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

:)

Tanpa Nama berkata...

bagus karangan nie...bleh membantu sy mncari mklumt ttg punca dan langkah kemalangan

Tanpa Nama berkata...

bgus laa krangan ny.. memudahkan sy cri maklumat ttg punca kmalangan..

Tanpa Nama berkata...

Macam Cikgu says ajar

Tanpa Nama berkata...

Perfect.....

Tanpa Nama berkata...

bagus,, :) penuh informasi..

Tanpa Nama berkata...

karangan yang bagus dan gramatis

Tanpa Nama berkata...

thanks a lOt's . :)

Tanpa Nama berkata...

hope soalan ni keluar stp pg nih :)

Tanpa Nama berkata...

Karangan yang bagus, saya kongsi karangan ini sebagai contoh bahan rujukan, boleh? Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

baguslah esei ni..bolehlah saya guna sedikit sebanyak yg ada untk PBS esok :D haha
terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

selesai homework saya

Tanpa Nama berkata...

PBS sangat mudah

Tanpa Nama berkata...

6ber ada

Tanpa Nama berkata...

Puas2

Tanpa Nama berkata...

6ber ada

Tanpa Nama berkata...

Dycychtdcrutctucuctrcutrjyruzghxtxyjckycrycyrc

Tanpa Nama berkata...

Awak sekolah mano?

Tanpa Nama berkata...

Karangan saudari sangat bagus dan cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

bgus la.....krgn nh.....

Alfred dANNY HANARY berkata...

makasih hehehehe

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah dengan ada karangan ini untuk dijadikan rujukan buat saya dapatlah saya menyiapkan kerja sekolah saya.Terima kasih kerana berkongsi buah fikiran :)

Tanpa Nama berkata...

Senang untuk rujukan karangan nie..

Tanpa Nama berkata...

cantek lah huraian nih.. banyak isi-isi penting yg boleh dikongsi bersama.. :)

Apple Hijau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

The best essay :)I love it.It makes me very confident to do this essay for my examination.Thank you for this idea.And i wanna say it is the best essay. xoxo :)

Tanpa Nama berkata...

Best essay you know.I want to copy it.Can?Can ahh.Thank you or Syukrun ya mualim :>

Tanpa Nama berkata...

memang betul karangan nie bagus.....

Tanpa Nama berkata...

erk ! Kalo gune komputer x nampak sgt rr . Tulisan x jelas

Tanpa Nama berkata...

superb essay!!!

Tanpa Nama berkata...

can i know the meaning of keaiban???

Tanpa Nama berkata...

karangan yg mantap

Tanpa Nama berkata...

karangan yg mmbantu saya mmahami punca - punca kmalangan jalan raya.....
TERIMA KASIH......

Tanpa Nama berkata...

yeay . Thanks .

5-iez berkata...

THX...nice writting skills

Tanpa Nama berkata...

This is so helpful. Thank you

Tanpa Nama berkata...

jy7giuogi

Tanpa Nama berkata...

orang tk betul ni....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih.sangat membantu SAya sebagai pelajar

Tanpa Nama berkata...

thanks ia banyak mmbntu sye dlm membina krngn

Tanpa Nama berkata...

bangang sepatutnya india cina x bleh msuk malaysia

Tanpa Nama berkata...

sangat membantu saya dalam kerja kursus bahasa melayu sem 2...terima kasih

Unknown berkata...

karangan yang baik terima kasih 😊

Unknown berkata...

perfect tq :)

Catat Ulasan