LATIHAN ALIH BENTUK TEKS DIALOG

Khamis, 19 Julai 2012

Alih bentuk teks dialog terdiri daripada pelbagai ragam ayat.Berikut merupakan petikan beberapa dialog berserta contoh jawapannya:



Dialog
“Bukankah Lias malas bersekolah? Kalau malas, lebih baik dia tolong aku!”kata Berahim dengan kuat dan tegas.

Jawapan
Berahim menyatakan dengan suara yang kuat dan tegas bahawa Lias malas ke sekolah. Oleh itu lebih baik Lias menolongnya.



Dialog
Hasimah tergamam seketika.
“ Betul ke tu Wa? Mak tak pernah cerita pun!”.
Jawapan

i.Hasimah tergamam seketika. Dia inginkan kepastian daripada Wa tentang hal tersebut dan mengatakan bahawa emaknya tidak pernah bercerita sedemikian.

ii. Hasimah tergamam seketika. Dia juga inginkan kepastian daripada tentang hal tersebut. Seterusnya dia memberitahu bahawa emaknya tidak pernah bercerita sedemikian.

iii. Hasimah tergamam seketika. Dia ingin tahu sama ada perkara tersebut benar atau tidak. Seterusnya dia memberitahu kepada Wa bahawa emaknya tidak pernah bercerita sedemikian.



Dialog
Jawapan
Yati: Kau kata hidupku tenteram, bahagia?
Hayati mempersoalkan tanggapan Natrah yang mengatakan bahawa kehidupannya tenteram dan bahagia

Natrah: Eh! Hidupkau tak bahagia? Mustahil, Yati.

Natrah hairan dengan penyataan Yati lalu berkata bahawa  adalah mustahil kehidupan Yati tidak bahagia.



“Bila kau nak siapkan kajian tu?”Tanya Samat kepada Ajis dengan tiba-tiba.

“Entahlah.  Ini jangkanya seminggu lagi siaplah.” Jawab Ajis.
                                               


“ Sibuk ?”


“Tak ada sibuk apa pun,” Mahani menjawab
.
           
Tiba-tiba Samat bertanya kepada Ajis tentang tarikh dia menyiapkan kajian tersebut.

Ajis memberitahu Sudin bahawa dia sendiri belum pasti tentang hal tersebut. Dia menjelaskan bahawa kajian tersebut dijangka siap dalam tempoh seminggu lagi.

Samat ingin tahu sama ada Ajis sibuk atau tidak.


Ajis menjawab bahawa dia tidak sibuk seperti yang dijangkakan




CONTOH LATIHAN ALIH BENTUK TEKS UNDANG-UNDANG

Rabu, 18 Julai 2012

SOALAN

(A)   PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Bahasa Kebangsaan
152(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis  dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh ahli Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
a.       Tiada seorang pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar , apa-apa bahasa lain : dan
b.      Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan penggajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

JAWAPAN:

Bahagian (A) Perlembagaan Malaysia ialah fasal tentang Bahasa Kebangsaan. Perkara 152 (1) menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam sebarang tulisan yang diperuntukkan undang-undang Parlimen. Terdapat syarat bahawa tiada sesiapa pun yang boleh dilarang atau ditahan untuk menggunakan bahasa lain melainkan untuk mengajar, belajar, atau tujuan rasmi. Selain itu, syarat kedua ialah tiada perkara dalam fasal ini yang boleh menyentuh hak kerajaan negeri bagi memlihara dan meneruskan penggunaan dan pembelajaran bahasa kaum lain dalam persekutuan.

KERJA KURSUS BM BAHARU/MODULAR

Ahad, 8 Julai 2012

Kerja Kursus

1 Pengenalan

Dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bahasa Melayu yang baharu, komponen pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) diterapkan kepada calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu. Melalui PBS, calon dikehendaki menyediakan dua kerja kursus, iaitu kerja kursus pada penggal kedua dan kerja kursus pada penggal ketiga. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus sepanjang pengajian tingkatan enam ialah 25%. Markah bagi komponen kerja kursus ini dijumlahkan dengan markah peperiksaan yang dikendalikan oleh MPM dalam setiap penggal bagi menentukan gred mata pelajaran dan Purata Nilai Gred Keseluruhan.

Pada penggal kedua, calon dikehendaki mengarang esei berformat manakala pada penggal ketiga, calon dikehendaki menghasilkan penulisan ilmiah. Panduan dan arahan tugasan akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

2 Objektif Tujuan kerja kursus ini diadakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon dalam

(a) memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
(b) menerapkan dan mengaplikasi domain kemahiran insaniah dalam mata
     pelajaran ini
(c) menerapkan kesedaran calon bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah
     berasaskan pembelajaran sepanjang penggal
(d) mengaplikasi pembelajaran dengan kaedah, teknik, dan strategi yang ilmiah
     seperti dengan memperoleh ilmu melalui sumber kajian, pengumpulan
     maklumat daripada pelbagai sumber, dan menyampaikan dapatan dan
     maklumat dalam bentuk komunikasi yang teratur, jelas, dan sahih.

3 Kerja kursus Penggal Kedua – Penulisan Esei Berformat

1  Pelajar dikehendaki menyediakan esei berformat secara individu.
2 Guru hendaklah menyediakan tajuk soalan esei berformat kepada pelajar.
3 Pelajar dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei
  bagi setiap format. Ketujuh-tujuh esei tersebut hendaklah disemak dan
   markah purata akan dihantar kepada MPM.
4 Pelajar dikehendaki menulis esei berformat dalam waktu pengajaran dan
  pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu.

4 Kerja kursus Penggal Ketiga – Penulisan Esei Ilmiah

1 Esei ilmiah dihasilkan secara berkumpulan dan dibentangkan oleh setiap ahli
  kumpulan mengikut bahagian masing-masing. Guru mentaksir pembentangan
  esei tersebut secara individu.
2 Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama lima
  minit. Lima minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap
  kumpulan.
3 Bagi calon persendirian individu, esei ilmiah dihasilkan dan dibentangkan secara
   individu.
4 Dalam sesi soal jawab, satu soalan daripada guru dan dua soalan daripada
  pelajar hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
5 Calon digalakkan untuk menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power
   point, LCD, OHP, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting pembentangan.
6 Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
7 Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa membuat
   pembentangan.
8 Markah penuh pembentangan sebanyak 50 markah diberikan untuk aspek
  kerelevanan, kelancaran, keterampilan, kebahasaan, dan penggunaan alat
  bantu. Wajarannya ialah 40%. Pemberian markah kepada setiap individu
  adalah berdasarkan prestasi pembentangannya.
9 Markah penuh penulisan esei sebanyak 50 markah diberikan untuk tajuk
   kajian, senarai kandungan, penghargaan, pendahuluan, objektif kajian, kaedah
   kajian, dapatan kajian, rumusan kajian, lampiran, dan bibliografi/rujukan.
   Wajarannya ialah 60%. Setiap ahli kumpulan diberikan markah yang sama
   bagi penulisan esei yang dihasilkan.

Sumber : Sukatan Pelajaran Sistem Modular Bahasa Melayu