PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PAHANG BM 2, TAHUN 2011

Jumaat, 21 Oktober 2011

SOALAN
klik sini     http://www.scribd.com/doc/64936943/Percubaan-STPM-Pahang-2011-Soalan-Bahasa-Melayu-Kertas-2

SKEMA JAWAPAN

http://www.scribd.com/doc/64937365/Percubaan-STPM-Pahang-2011-Skema-Bahasa-Melayu-Kertas-2

GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Selasa, 11 Oktober 2011

Karangan berikut dihasilkan oleh pelajar saya ,ketika menduduki Peperiksaan Percubaan ke-2.
       

      Dalam dunia yang dilingkari arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial turut menghambat masyarakat , maka wujudlah kes pembuangan bayi yang kian meningkat saban hari.Hal ini satu pembaziran terhadap sumber manusia atau sumber tenaga kerja bagi membangunkan negara kita.Secara  tidak langsung,masalah ini menyebabkan dasar kependudukan yang diutarakan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Dr.Mahathir bin Muhammad tidak kesampaian bagi mencapai jumlah penduduk optimum  menjelang 2020. Kes pembuangan bayi umpama penyakit barah yang perlu diatasi dengan segera. Bagi mengatasi masalah ini, pemangkin atau faktor permasalahan yang merobek nilai-nilai kemanusian ini perlu dikaji dengan teliti hingga ke akar umbinya. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa, terdapat faktor lain yang menjadi punca masalah pembuangan bayi selain daripada kepincangan keluarga.
         Sememangnya,tidak dapat dinafikan bahawa kepincangan keluarga adalah faktor  atau pemangkin utama permasalahan ini. Sesebuah keluarga yang berantakan akan menyebabkan anak-anak  dalam keluarga tersebut mencari jalan alternatif bagi melupakan masalah yang dihadapi . Anak-anak tersebut akan terlibat dalam kegiatan-kegiatan seperti pergaulan bebas.Hal ini dikatakan demikian kerana ,kawan-kawan merupakan insan yang memahami diri mereka dan mereka  mempercayai kawan-kawan melebihi ahli keluarga sendiri. Hal ini memungkinkan hubungan seks diluar nikah terjadi, setelah berlakunya keterlanjuran. Jalan mudah yang akan diambil ialah membuang bayi yang tidak berdosa tersebut sekaligus menolak nilai kemanusian.
         Walaubagaimanapun,terdapat faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin kepada permasalahan ini faktor individu yang kurang penghayatan terhadap amalan dan nilai-nilai keagamaan. Seseorang yang berpegang  teguh kepada rukun-rukun agama tidak akan berani ingkar atau melanggar hukum agama dan sesungguhnya tiada agama di dalam dunia yang merelakan umatnya melakukan maksiat dan dosa. Seseorang yang terlibat dalam kes pembuangan bayi ini, tergolong dalam golongan manusia yang kurang pengetahuan tentang keagamaan. Sekiranya seseorang itu sedar dan berpegang teguh kepada ajaran agama maka,tidak akan timbullah masalah pembuangan bayi ini. 
         Sudah terang lagi bersuluh, ternyata bahawa peranan media massa juga menjadi faktor permasalahan ini. Kebanyakan siaran di rangkaian televisyen setelit tidak ditapis sepenuhnya oleh oleh pihak berkenaan. Budaya-budaya negatif dari barat diserap sepenuhnya oleh golongan remaja di negara kita akibat terpengaruh dengan siaran-siaran yang di tonton di televisyen .Unsur-unsur seks yang dipaparkan akan mempengaruhi golongan remaja akan melakukan seks di luar nikah. Apabila telah keterlanjuaran , jalan penyelesaian yang diambil ialah pembuangan bayi bagi menjaga maruah diri sedangkan maruah diri remaja itu sudah ternodai atau tercalar.
        Remaja adalah golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai daya inkuiri  yang tinggi. Semangat inkuiri  yang tinggi ini menyebabkan rasa ingin tahu dan mencuba sesuatu baik mahupun buruk menebal dalam diri remaja.Sebagai contoh, pasangan remaja yang sedang hangat bercinta akan cenderung ingin mencuba perkara yang dilakukan orang  yang sudah berumah tangga lakukan, tanpa berfikir akan kesannya. Apabila nasi sudah jadi bubur, biasanya golongan remaja ini akan lari dari tanggungjawab dan jalan yang terbaik bagi mereka untuk lari dari tanggungjawab ialah dengan membuang bayi tersebut.

       Satu lagi punca masalah pembuangan bayi ini ialah aktiviti pelacuran. Golongan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah untuk mendapatkan wang dengan masa yang singkat dan lumayan. Hal ini dikatakan demikian kerana sokongan ini  terdesak untuk memperolehi wang bagi menampung perbelanjaan yang melebihi kemampuan tambahan lagi jika tinggal di kawasan Bandar yang sememangnya memerlukan kos sara diri yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan golongan ini terlibat dalam masalah pembuangan bayi. Mereka malu hendak memelihara bayi tersebut kerana bayi itu hasil daripada kegiatan pelacuran dan tanpa ikatan yang sah.Bagi menutup malu mereka,bayi tersebut dibuang tanpa belas kasihan.
       Konklusinya, masalah ini bukan hanya disebabkan masalah kepincangan keluarga tetapi turut dipengaruhi oleh individu itu sendiri dab pelbagai unsur luaran yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak haruslah berganding bahu dan bukannya menunding jari kepada satu pihak sahaja. Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama badab bukan kerajaan (NGO) bekerjasama menubuhkan Tabung DNA bagi memudahkan proses mengesan ibu bapa kepada bayi yang dibuang. Di samping itu,masyarakat hendaklah bekerjasama membantu dalam menjayakan usaha ini agar nilai kemanusian dapat dijunjung sekaligus dapat mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam lembah kejahilan.
-Hasil pena: Henryson (Tingkatan 6 Atas Arif SMKSA)