SOALAN KARANGAN

Jumaat, 25 Februari 2011

Malaysia memiliki infrastruktur kelas pertama tetapi pemikiran kebanyakan rakyatnya masih berada pada kelas ketiga. Berikan bukti-bukti tentang hal ini dan cadangkan beberapa langkah yang sesuai bagi mengatasinya.


KEHENDAK SOALAN


Calon-calon diminta mengemukakan bukti-bukti yang memperlihatkan pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia masih berada pada kelas ketiga serta cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah ini.


PENGENALAN


1. Negara kita memiliki insfrastruktur kelas pertama
2. Mentaliti rakyat masih berada pada kelas ketiga
3. Mentaliti sebegini akan menghalang kita untuk maju ke hadapan
4. Masyarakat maju perlu memiliki minda kelas pertama
5. Bukti-bukti dan langkah-langkah untuk mengatasi akan dibincangkan.


BUKTI PERTAMA


1. Masih ada masyarakat yang mengabaikan kebersihan alam sekitar
2. Membuang sampah sarap sesuka hati
3. Longkang tersumbat dan sungai dipenuhi oleh timbunan sampah sarap
4. Pembuangan sisa toksik masih lagi menjadi masalah
5. Sedar tentang bahayanya tetapi tetap jua melakukan
6. Sikap mementingkan diri dan mengejar keuntungan berganda


BUKTI KEDUA


1. Sikap tidak menghargai kemudahan awam
2. Melibatkan masyarakat pelbagai peringkat umur
3. Tandas, pondok telefon, pondok bas, pusat rekreasi dirosakkan
4. Dinding tandas dan pondok bas selalu diconteng
5. Tidak ada kesedaran untuk menjaga dan menggunakannya dengan baik
6. Mengakibatkan kerugian yang banyak kepada negara


BUKTI KETIGA


1. Mentaliti subsidi masih menebal
2. Sentiasa meminta bantuan dan sokongan kerajaan
3. Azam dan ikhtiar untuk memajukan diri sangat rendah
4. Tidak berusaha hendak memajukan diri sendiri
5. Kerajaan bagaikan ibu bapa kepada mereka
6. Hilang bantuan subsidi – tamatlah perjuangan untuk mara ke depan


LANGKAH MENGATASI PERTAMA


1. Mewujudkan kelompok intelektual yang aktif
2. Berperanan untuk menyuarakan permasalahan masyarakat
3. Memupuk pemikiran dan kesedaran kolektif dalam masyarakat
4. Bijak dalam menyelesaikan masalah
5. Pandai mencari peluang untuk memajukan diri
6. Tidak menjadi masyarakat subsidi


LANGKAH MENGATASI KEDUA


1. Menyemai budaya membaca
2. Membaca jambatan ilmu
3. Mengasah minda menjadi kreatif dan inovatif
4. Bahan bacaan ilmiah hendaklah diperbanyakkan
5. Terjemahan dan penghasilan karya ilmiah harus dipergiatkan
6. Konsep “pembelajaran sepanjang hayat” harus dijadikan budaya


LANGKAH MENGATASI KETIGA


1. Forum untuk mengubah pemikiran rakyat perlu digiatkan
2. Medan untuk rakyat bersuara dan menjana minda
3. Suara dan cadangan dapat diluahkan secara formal
4. Membawa manfaat untuk memajukan bangsa dan negara
5. Pemimpin negara perlu aktif melibatkan diri dalam berforum
6. Mampu membawa anjakan paradigma dalam kalangan rakyat


PENUTUP


1. Masyarakat maju mesti memiliki minda kelas pertama
2. Penting untuk merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020
3. Sanggup menerima perubahan dan bersikap terbuka dengan kritikan
4. Sikap yang boleh menghalang kita untuk maju hendaklah dinyahkan
5. Mudah-mudahan kita akan menjadi bangsa Malaysia glokal yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di arena global.


sumber:http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/rangka-karangan.html

PERKATAAN YANG DILARANG DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT

01. Justeru
02. Justeru itu
03. Malah
04. Malahan
05. Namun
06. Maka
07. Hal ini kerana
08. Ini kerana
09. Tetapi
10. Ini disebabkan

sumber : http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/penulisan-karangan-stpm.html

SYABAS KEPADA PELAJARKU

-Ucapan tahniah dizahirkan kepada SEMUA calon STPM SMKSA 2010 yang mencapai kelulusan 100 PERATUS.
-Syabas kepada 14 orang pelajar yang mendapat prinsipal A untuk subjek BM
-Peratus kelulusan subjek BM melepasi peratus kelulusan peringkat kebangsaan dan negeri.

KEPUTUSAN STPM 2010

Khamis, 17 Februari 2011

Saat mendebarkan menjelang tiba. Keputusan STPM 2010 akan diumumkan pada hari Isnin (21 hb. Febuari ).
FORMAT PENULISAN KAJIAN TINDAKAN
(MENGIKUT MODEL MODEL KAJIAN TINDAKAN- KURT LEWIN)

**** Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui.

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ Isu/ Perkara yang membangkitkan/ Ingin melihat
4. Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas
5. Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
6. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan
7. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil

** Refleksi boleh wujud di mana-mana bahagian

MODEL KAJIAN TINDAKAN ( STEPHEN KEMMIS)
**** Masalah tidak diketahui. Kenapa ia berlaku

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen
6. Refleksi

LINGKARAN 2

1. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
2. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan
3. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan
4. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki


MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)
****** Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
4. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
5. Perancangan Tindakan

Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4

Huraikan semua dapatan tindakan di atas, pelaksanaan dan kesannya.

6. Refleksi : Huraian kejayaan

MODEL KAJIAN TINDAKAN (EPRD)
1. Abstrak
2. Refleksi P & P
3. Isu keperihatinan / Fokus kajian
4. Objektif kajian
a. Objektif am
b. Objektif khusus
5. Kumpulan sasaran
6. Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
b. Analisis tinjauan masalah
c. Tindakan yang dijalankan
d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
i. Pelaksanaan aktiviti 1 – Pemerhatian, Refleksi
ii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi
e. Refleksi kajian
i. Penilaian pencapaian tindakan
ii. Rumusan hasil dapatan kajian
iii. Refleksi proses P & P
f. Cadangan untuk kajian seterusnya.

nota : kajian tindakan hanya dicadangkan untuk guru-guru .

KAJIAN KES

Mengapa menggunakan kajian kes? Sebagai seorang pendidik, kebanyakan kajian yang dijalankan tidak melibatkan populasi tetapi hanya individu atau kumpulan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Penyelidik dalam bidang pendidikan khususnya lebih banyak menumpukan perhatian mereka kepada pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah kakitangan pusat sumber, pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah. Justeru itu, kajian akan lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah sekolah, dua buah sekolah atau tiga buah sekolah dalam sesuatu kawasan. Oleh yang demikian, kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh pe nyelidik berkenaan. Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik/ menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994). Kajian ini boleh menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’. Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat, fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Selain itu, penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk me- nyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan.
Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah ‘triangulasi’ boleh digunakan. Kajian dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua, 2006). Selain itu, ‘triangulasi’ juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000). Selain itu, penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu bual berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat kajian yang digunakan. Terdapat dua jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada pe-nyelidik kajian kes untuk digunakan supaya boleh menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut serta penyelidik terlibat secara langsung dalam akti-viti yang dijalankan. Dengan menggunakan pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian. Mana kala pemerhatian tidak turut serta penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistic (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-pelajar, interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh digunakan.

sumber: SUMBER: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan , IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

KAJIAN TINJAUAN

Jumaat, 11 Februari 2011

Apakah kajian tinjauan? Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.
Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah(simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000).
Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000).
Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian; rancangan temu bual; stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik; aras bahasa dalam temu bual; penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden.


SUMBER: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan , IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Alamat: http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/fokus-kajian-tinjauan

Rancu

Khamis, 10 Februari 2011

Takrif : campur aduk, kacau (bahasa), tidak teratur

Ayat : Masalah kerancuan bahasa dalam masyarakat menjadi semakin serius

integriti

Takrif : kejujuran, keadaan sempurna, utuh

Ayat : Seseorang itu perlu bersikap integriti ketika menjalankan tugas di
pejabat.

Filsuf

Takrif : ahli fikir, ahli falsafah

Ayat : Sejak kecil lagi dia meminati filsuf-filsuf Islam zaman silam seperti Ibnu
Khaldun, al-Farabi dan Inbu Sina

Acum

maksud: hasut, mengadu pada seseorang (supaya bermusuhan)

Ayat : Siti mengacum Suraya supaya tidak berkawan dengan Salina.

HONAR

Selasa, 8 Februari 2011

Maksud : rusuh , kacau, gempar.

Ayat : Pemberontak Ikhwanul Muslimin membuat honar dengan demontrasi jalanan di bandar utama Mesir sebagai alternatif menjatuhkan kerajaan Husni Mobarak.

ANTIPATI

Maksud : rasa benci, menyampah, tidak suka (kepada seseorang)

Ayat : Dari dahulu lagi Ahmad menyimpan antipati terhadap adik tirinya.

SKEPTIKAL

Maksud: was-was , ragu -ragu, kurang percaya

Ayat : Masyarakat negara ini harus tidak skeptikal dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.