PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Selasa, 24 November 2009

Salam buat anak didik yang diingati.

Semoga sihat sejahtera, dikurniakan kesihatan sempurna menjelang peperiksaan.

Tatkala duduk di bilik peperiksaan, kertas BM diedarkan, bermohon dan berdoalah pada Tuhan.

Jika debaran seakan tiada akhirnya, maka tariklah nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan.
Tatkala kertas soalan di tangan, mulakan dengan tenang ,jangan terburu-buru memilih soalan khususnya bagi BM 910/2. Soalan karangan yang dipilih, pastikan anda kuasai tema dan kehendak soalannya.

Mulakanlah mengarang. . Usah lupa membina rangka karangan agar tiada isi dan huraian bertindih.Mengaranglah dengan idea lancar dan jelas . Ikutlah masa yang diperuntukkan.
Setelah selesai mengarang pastikanlah ejaan, tanda baca, binaan ayat disemak.

Teruskanlah menjawab soalan bahagian lain mengikut masa yang diperuntukkan.

Anak didikku,
Cikgu akan mengiringi perjuangan kalian dari kejauhan dan terus berpesan dan mengingat selagi bernama cikgu

KARANGAN PELAJAR-ISU BLOG

Ahad, 8 November 2009

KLIK SINIhttp://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/karangan-pelajar-terpilih.html

KARANGAN PELAJAR

GANGSTRARISME
KLIK SINI:http://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/karangan-pelajar-terpilih_22.html

WARGA TUA-RANGKA KARANGAN

RANGKA ISI
klik sini http://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/rangka-karangan-isu-warga-tua.html

ISU KARANGAN 2009

Sabtu, 7 November 2009

Seperti biasa, isu karangan yang dijadikan fokus setiap tahun sentiasa berubah. Hal ini demikian kerana, ada isu yang sudah disoal dalam peperiksaan STPM pada tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya. Namun demikian, ada juga isu yang masih belum disoal dalam peperiksaan STPM pada tahun-tahun sebelumnya. Oleh hal yang demikian, isu tersebut mungkin masih relevan dengan keadaan semasa dan masih boleh dijadikan fokus oleh murid-murid Tingkatan 6 pada tahun ini.


Kebiasaannya, soalan-soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan STPM akan berfokus kepada isu nasional atau negara, masyarakat serta remaja atau pelajar. Oleh hal yang dimikian saya telah menyediakan isu-isu yang boleh digunakan oleh murid-murid dan guru-guru untuk dibincangkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid bolehlah mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan isu tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM pada tahun ini. Murid-murid perlu bersedia lebih awal dan perlu berlatih untuk mengolah isi karangan agar menjadi karangan yang mantap. Yang berikut disenaraikan isu-isu karangan tersebut.

1. Penggunaan Bahasa yang Salah pada Papan Tanda dan Iklan Bercetak
2. Kemalangan Maut Menjelang Perayaan Utama
3. Demam Denggi/Chikungunya
4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
5. Gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah
6. Kenaikan Harga Barang
7. Kebanjiran Bahan-bahan Berunsur Lucah, Tahyul dan Ganas
8. Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin
9. Usaha untuk Memajukan Industri Pertanian di Malaysia
10.Kebanjiran Drama Bersiri Asing
11.Bangunan atau Tempat Bersejarah
12.Masalah Bencana Alam
13.Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan di Negara Kita
14.Internet dan Dasar Langit Terbuka
15.Jenayah Ragut dan Langkah untuk Menanganinya
16.Penggunaan Kad Kredit17.Masalah Perumahan
18.Penyakit kanser
19. Sekolah Kluster



Kredit kepada Cikgu Mohd Khir Kassim (GC BM)

KARANGAN CEMERLANG

Soalan Karangan:

Pada masa ini, timbul masalah rumah yang telah siap dibina tetapi belum dijual oleh syarikat pemaju perumahan. Huraikan pendapat anda tentang punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku dan kesan-kesannya.
Fenomena rumah yang tiada pembeli semakin kerap dilaporkan di media massa, tidak kira di bandar seperti Kuala Lumpur bahkan di pinggir kota juga turut mengalami masalah yang sama. Perkara ini seolah-olah tiada penyelesaian kerana semakin banyak perumahan baru muncul, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tindakan yang diambil oleh pihak berwajib pula bagaikan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Akibatnya, banyak perumahan yang terbiar dan kosong tanpa penghuni yang boleh disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jadi, masalah ini seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab agar dapat diselesaikan dengan segera. Sebenarnya, masalah ini bukannya berlaku dengan tiba-tiba tetapi banyak faktor penyebabnya yang akhirnya memberikan kesan kepada kita.
Rumah yang tidak dapat dijual oleh pemaju kebanyakannya disebabkan oleh ketiadaan Sijil Kelayakan Menduduki Rumah (CF). Sijil ini dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai tanda kelulusan atau pemberitahuan bahawa sesebuah rumah selamat daripada bahaya dan boleh diduduki oleh penghuninya. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemberian CF ini ialah kualiti bahan binaan yang digunakan dan ketahanan bangunan tersebut untuk menampung penghuni. Kadang-kadang, CF lambat atau gagal diberi, kerana ketidaksempurnaan kerja atau berlaku penipuan dalam meluluskan projek perumahan ini. Hal ini akan menyebabkan pengguna tidak mahu membeli rumah kerana mereka khuatir keselamatan dan nyawa mereka akan terancam.
Selain itu, kos rumah yang terlibat seperti harga yang diletakkan oleh pemaju terhadap rumah-rumah yang telah dibina itu tinggi dan mungkin terlalu mahal untuk individu yang berpendapatan sederhana dan rendah. Hal ini berlaku demikian kerana, bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, rangka besi, dan pasir dibeli dengan harga yang mahal berikutan pemborong meletakkan harga mengikut pasaran semasa. Oleh itu, untuk mendapatkan pulangan modal, pemaju terpaksa meletakkan harga yang bersesuaian dengan kos pembinaan tersebut. Harga yang tinggi ini menyukarkan penduduk yang berpendapatan sederhana atau rendah untuk memiliki sebuah kediaman untuk mereka kerana khuatir bahawa perbelanjaan mereka melebihi anggaran yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, pemaju perlulah meletakkan harga yang berpatutan agar masyarakat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Kawasan perumahan yang tidak strategik turut mempengaruhi penjualan sesebuah rumah tersebut. Kebiasaannya, para pemaju perumahan akan menjadikan tanah atau kawasan baharu yang terletak di pinggir kota atau jauh dari bandar sebagai kawasan perumahan yang baharu. Hal ini berlaku demikian kerana, di kawasan tersebut terdapat tanah yang lapang, luas dan tiada lagi penduduk yang menghuninya. Walau bagaimanapun, kawasan perumahan yang baru itu selalunya tidak mempunyai prasarana atau kemudahan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pengangkutan awam, sekolah, kedai dan klinik. Selain itu, jarak yang jauh dari kota atau tempat kerja meningkatkan ketidakinginan masyarakat untuk membeli rumah itu. Akhirnya, kawasan perumahan baharu itu terus menjadi projek gajah putih iaitu terbiar tanpa pembeli, sekali gus akan merugikan pihak pemaju perumahan.Masalah ini akan menimbulkan kesan terhadap masyarakat dan juga negara amnya.
Masalah tersebut ialah masalah sosial dalam kalangan warga tempatan atau pun yang dilakukan oleh warga asing. Perkara ini disebabkan kawasan perumahan yang banya rumah kosong dan terbiar lebih mudah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab seperti penagih dadah untuk melakukan aktiviti mereka kerana tiada orang untuk mengawasi dan memantau kawasan tersebut. Rumah-rumah kosong ini juga dijadikan tumpuan oleh pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Di samping itu, kawasan perumahan tersebut seolah-olah menggalakkan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dijalankan tanpa rasa segan silu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, jawatankuasa penduduk di kawasan perumahan berhampiran dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan terpaksa melakukan rondaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak elok daripada berlaku.
Hasil kutipan cukai oleh kerajaan turut terkena tempiasnya apabila rumah-rumah tersebut tidak laku di pasaran kerana pihak pemaju tidak mendapat pulangan yang disasarkan akibat rumah yang dibina itu tidak dapat dijual sepenuhnya. Jadi, pihak pemaju tidak dapat membayar cukai keuntungan syarikat yang akan digunakan untuk membangunkan negara dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Di samping pendapatan kerajaan akan menguncup, terdapat juga pekerja sesetengah syarikat perumahan yang terpaksa memberhentikan pekerjanya dan hal ini sudah tentu menimbulkan masalah kepada pekerja yang diberhentikan itu. Oleh itu, taraf hidup yang sepatutnya meningkat sejajar dengan peredaran zaman berlaku penurunan dan impaknya akan dirasai oleh rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, pembangunan sesuatu kawasan yang disokong oleh pertumbuhan rumah-rumah baharu sepatutnya mampu dimiliki oleh penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, hal ini tidak berlaku malahan jualan yang disasarkan tidak dapat dicapai akibat kesilapan pihak pemaju itu sendiri yang mengharapkan untung yang berlipat kali ganda. Harapan pemaju peruamahan tidak menjadi kenyataan, malahan masalah-masalah lain pula yang berlaku. Oleh hal yang demikian, pemaju perumahan hendaklah sentiasa memikirkan cara-cara untuk menjalankan promosi yang bersesuaian agar dapat menarik minat pembeli rumah untuk membeli produk mereka itu dengan kerjasama pihak kerajaan. Diharapkan juga, pada masa akan datang tiada lagi rumah yang terbiar kerana ketiadaan pembeli, dan rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mereka sendiri.
Karangan ditulis oleh : Nadia A. Jalal (Pra-U Atas Sastera)
Kredit: Cikgu Mohd Khir Kassim

MENILAI KARANGAN


KERELEVANAN


• Kesesuaian jawapan yang diberi oleh calon dengan kehendak soalan.

• Markah penuh untuk kerelevanan ialah 21.( 3m untuk pendahuluan, 15m untuk isi sampingan – 1 isi 3m, 3m untuk penutup atau kesimpulan )

• Pemarkahan terhadap aspek kerelevanan dibuat berdasarkan pertimbangan pemeriksa.
• Markah keutuhan bergantung kepada markah kerelevanan.
• Jawapan mestilah tidak terpesong.
• Kerelevanan juga ditentukan daripada isi-isi sampingan yang dikemukakan.

• Isi sampingan ialah termasuklah fakta, statistik, contoh, kes, definisi, hujah, pendapat, dan sebagainya yang menyokong isi utama.

• Sesebuah karangan akan dianggap kurang relevan jika isi-isi sampingan yang dikemukakan tidak menjurus kepada isi utama atau tidak mempunyai hubungan langsung.

• Kerelevanan jawapan juga dilihat dari segi format jawapan.

• Bentuk retorik ( juga boleh mempengaruhi kerelevanan jawapan pelajar.

( bincangkan , sejauhmanakah , jelaskan, berikan, ulaskan, berikan cadangan )


Cara an sesebuah karangan itu sentiasa relevan.


1. sentiasa bertanya kepada diri sendiri sewaktu menulis:

• adakah jawapan saya menepati kehendak soalan?

• Adakah isi utama saya menepati kunci soalan?

• Adakah isi-isi sampingan saya menjurus kepada isi utama?

• Adakah format karangan saya betul?




KEUTUHAN



• Keutuhan lebih tertumpu kepada aspek persembahan

• Dilihat secara keseluruhan

• Sesebuah karangan akan menimbulkan kesan yang menarik jika kesatuan ideanya jelas.( ada hubungan logika di antara isi utama dengan isi-isi sampingannya)

• Kedudukan isi utama begitu utuh kerana dibantu oleh isi-isi sampingan sebagai penyokong.

• Keutuhan juga dilihat dari segi struktur binaannya.( pendahuluan, tubuh karangan, dan penutup)

• Keutuhan dinilai dari segi kesepaduan karangan.( kesan keseluruhan yang diterima oleh pembaca ) Jika persoalan yang dikemukakan oleh penulis mudah difahami oleh pembaca, maka tulisan tersebut memiliki kesepaduan.

• Adanya jalinan ( hubungan yang erat ) di antara suatu perenggan dengan perenggan yang lain.

• Kesepaduan perenggan boleh dihasilkan melalui hubungan secara kronologis mengikut masa atau peristiwa atau hubungan sebab akibat atau hubungan logika

• Penggunaan rangkaikata yang dapat menjadi penghubung seperti selain itu, di samping itu, akibatnya, dalam soal ini, bagaimanapun, sehubungan dengan itu, dan sebagainya.











SOALAN PERCUBAAN PERLIS 2009 K1

Soalan percubaan negeri Perlis-Kertas 1

klik sini:http://www.scribd.com/doc/20014854/stpm-percubaan-2009-perlis-bahasa-melayu-kertas-1

STPM : Sistem Modular

Majlis Peperiksaan Malaysia akan melaksanakan sistem modular bagi menilai prestasi pelajar mengikut semester menggantikan kaedah terminal sedia ada untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kaedah taksiran modular yang akan dilaksanakan itu mengambil kira empat komponen iaitu:

1.Penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa,
2.Projek sekolah,
3.Kerja amali, dan
4.Ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book‘.

Dalam sistem peperiksaan terminal, pelajar perlu mengikuti pengajian selama tiga semester sebelum menduduki peperiksaan STPM.

Sistem baru ini akan menilai pencapaian pelajar berdasarkan prestasi mereka mengikut semester sepanjang tempoh pengajian Tingkatan Enam bawah dan atas.
Pendekatan sedemikian lebih berdaya saing dalam usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sistem pendidikan holistik.
Markah pelajar setiap semester dikumpulkan dan kecemerlangan mereka berdasarkan pencapaian tertinggi bagi ketiga-tiga penilaian.

(Sumber : Berita Harian)

KATA MAJMUK MANTAP

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:

1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya

FRASA LEWAH 2

Yang berikut adalah antara frasa bahasa Melayu yang sering kali diungkapkan secara salah oleh pengguna bahasa Melayu domestik waima disedari atau tidak. Antaranya termasuklah:

1. Selain daripada itu, ...

2. Kebanyakan pendengar-pendengar Radio Era ...

3. Antara prasarana kemudahan yang disediakan termasuklah ...

4. Demi untuk negara tercinta, ...

5. Semua pengguna perlu membaca terma dan syarat ...

6. Semua guru-guru diminta ...

7. Ada murid-murid yang ...

8. Antara masalah-masalah yang ...

10. Salah satu daripada faktor kemerosotan ...

11. Pada masa kini, ...

12. Penumpang bas ekspres saling tolak-menolak ...

13. Ahli saintis tempatan ...

14. Sejak kebelakangan ini, ...

15. Para-para ibu bapa hendaklah ...

FRASA LEWAH

1. Pemelajaran komsas mencakupi tujuh unsur-unsur yang berikut: ...

2. Projek penternakan bebiri memerlukan penggabungan kesemua elemen-elemen ...

3. Ramai pengguna-pengguna jalan raya ...

4. Penambahan jumlah pekerja-pekerja yang berkemahiran ...

5. Dalam majlis itu, sejumlah besar ahli-ahli Kelab Rakan Muda ...

6. Kem kerohanian itu menempatkan sebilangan besar peserta-peserta ...

7. Sekawan burung-burung kelihatan ...

8. Jurukamera sambilan sedang mengambil gambar sebaris rumah-rumah kedai ...

9. Pengetua menasihati sekumpulan murid-murid agar ...

10. Beberapa orang pustakawan begitu ralik menyusun setimbun buku-buku baharu ...

BINAAN AYAT GRAMATIS DENGAN KATA KERJA TRANSITIF

1. Abang membaca buku cerita untuk adik.
2. Abang membacakan adik buku cerita.

3. Cikgu Hasnah mengajar anaknya menulis karangan.
4. Cikgu Hasnah mengajari anaknya menulis karangan.
5. Cikgu Hasnah mengajarkan teknik penulisan karangan kepada anaknya.

6. Kakak membawa semangkuk bubur lambuk untuk nenek.
7. Kakak membawakan nenek semangkuk bubur lambuk.

8. Ibu menjahit baju kebaya untuk adik.
9. Ibu menjahitkan adik baju kebaya.

10. Ayah menulis sepucuk warkah untuk abang.
11. Ayah menuliskan abang sepucuk warkah.

12. Shuhada mengirimi Majidah kad hari raya.
13. Shuhada mengirimkan kad hari raya untuk Majidah.

14. Shahir mencari ulam pegaga untuk Hidayati.
15. Shahir mencarikan Hidayati ulam pegaga.

16. Datin Rosilah membekali suaminya buah kurma.
17. Datin Rosilah membekalkan buah kurma untuk suaminya.

18. Puan Hasiah membuat air sirap untuk Puan Masdura.
19. Puan Hasiah membuatkan Puan Masdura air sirap.

20. Puan Rohana menyuapi anaknya kuetiau goreng.
21. Puan Rohana menyuapkan kuetiau goreng ke dalam mulut

22. Ariff meminjam novel Tegar di perpustakaan sekolah.
23. Ariff meminjami Firdaus novel Tegar.
24. Ariff meminjamkan novel Tegar kepada Firdaus.

25. Pak Musa menikami peragut itu dengan kerisnya.
26. Pak Musa menikamkan kerisnya ke paha peragut itu.

27. Encik Farozi memberi anaknya sebuah kamera digital.
28. Encik Farozi memberikan sebuah kamera digital kepada anaknya.

29. Puan Vimala membeli sebuah rumah banglo untuk ibunya.
30. Puan Vimala membelikan ibunya sebuah rumah banglo.

31. Penjual itu menawari gadis itu sebentuk cincin emas.
32. Penjual itu menawarkan sebentuk cincin emas kepada gadis itu.

33. Sultan menganugerahi Azrai Bintang Seri Kelana.
34. Sultan menganugerahkan Bintang Seri Kelana kepada Azrai.

35. Puan Ramziah menghadiahi suaminya kereta Proton Exora.
36. Puan Ramziah menghadiahkan kereta Proton Exora kepada suaminya.


KREDIT : GC Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad

JUSTERU ?

Jumaat, 6 November 2009

Banyak pengguna bahasa Melayu yang sering kali menggunakan kata hubung 'justeru' sebagai penanda wacana atau sebagai kata penegas. Mengapakah hal ini berlaku sedemikian? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kata 'justeru' merujuki maksud bahkan atau kebetulan. Sebagai contohnya,

1. Kenapa justeru sekarang ini kamu harus meninggalkan kami?

2. Saya tidak membenci anak kecil itu bahkan saya mengambilnya sebagai anak angkat.


Ada juga pengguna bahasa Melayu yang menggunakan kata 'justeru itu' pada permulaan perenggan penulisan karangan.


Penggunaan kata 'justeru itu' yang begitu meluas ini amat menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku kerana ada pelajar yang terpengaruh oleh penggunaan kata 'justeru' atau 'justeru itu' pada permulaan perenggan melalui penulisan dalam akhbar atau majalah. Untuk makluman pelajar PMR dan SPM, di peringkat peperiksaan STPM, penggunaan kata 'justeru' oleh calon STPM pada permulaan perenggan adalah salah. Oleh hal yang demikian, semua pelajar seyogianya memahami fungsi kata 'justeru' dengan sebaik-baiknya.

PENANDA WACANA

Penggunaan penanda wacana dalam penulisan jika digunakan dengan konteks ayat yang sesuai mampu menghasilkan gaya penulisan yang menarik.

Namun begitu, pelajar STPM yang menulis karangan dalam subjek Bahasa Melayu 910/2 tidak dibenarkan menggunakan penanda wacana setiap perenggan kerana mereka dikatakan tidak mengetahui cara menggunakan penanda wacana dengan persis.

Dalam hal ini, pelajar dikehendaki memulakan perenggan baharu dengan ayat gramatis yang mencakupi subjek dan predikat.

Penggunaan ayat songsang atau pasif juga tidak digalakkan.

Penanda wacana juga tidak dibenarkan dalam penulisan rumusan dan alih bentuk teks.

Pelajar yang ingin berjaya dinasihati mematuhi peraturan penulisan karangan, rumusan, dan alih bentuk teks. Sebagai calon prauniversiti, para pelajar STPM seyogianya rajin membaca bahan-bahan bacaan ilmiah seperti majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akhbar tempatan selain melayari Internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang terkini. Usaha yang berterusan, sesungguhnya akan membuahkan hasil yang membanggakan.

PANDUAN ALIH BENTUK TEKS

JENIS-JENIS LARAS


 
•Bahasa Melayu Klasik

 
•Dialog (laras sastera kreatif)

 
•Iklan

 
•Undang-undang

 
•Puisi (moden dan klasik)

 

 

 
Laras yang paling popular dan kerap digunakan dalam kertas soalan ialah laras sastera kreatif/ dialog dan laras bahasa Melayu klasik. Untuk tujuan mengalih bentuk teks sastera kreatif kepada bentuk laras biasa, pelajar hendaklah mengetahui asas-asas mengalih bentuk teks, antaranya ialah dengan menukarkan semua cakap ajuk kepada cakap pindah. Oleh itu, perkara-perkara di bawah hendaklah dititikberatkan oleh pelajar bagi menghasilkan alih bentuk teks yang tepat.



1. Semua kata tanya seperti apa, siapa, bila, di mana, ke mana, bagaimana, kenapa, dan mengapa hendaklah ditukarkan kepada:


 


 
  • ingin mengetahui
  • inginkan kepastian/ingin mendapat kepastian
  • ingin tahu cara
  •  ingin tahu tempat/lokasi
  • ingin tahu sebab
  •  ingin tahu perkara

. Pelajar-pelajar juga boleh mempelbagaikan ayat dengan menggunakan frasa-frasa seperti:


•Menyatakan bahawa

•Menjelaskan bahawa

•Tambahnya lagi

•Jelasnya lagi

•Menerangkan bahawa


3. Pelajar mestilah menggunakan perkataan penuh bagi kependekan kata seperti nak, tak, dah, tu, tapi dsb.




4. Kata-kata larangan seperti jangan, usahlah, tak tidak boleh dimasukkan dan digantikan dengan perkataan melarang, menafikan dsb.


. Pelajar juga hnedaklah menukarkan konsep masa seperti:


•hari ini - hari tersebut/ itu

•masa ini / kini - masa itu

•Sekarang - pada masa itu

•Sini - di situ

•Begini - begitu/ demikian

•Semalam - pada malam sebelum itu

•kelmarin - pada hari sebelum itu


5. Jangan buat ulasan atau laporan.




6. Jangan sesekali menyusun isi dan menokok tambah cerita.












 
 

 

AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan subjek atau si pelaku. Kedua-dua jenis ayat ini sebenarnya tidak mempunyai kelainan makna apa pun. Walau bagaimanapun, sasterawan dan penulis sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Dalam hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan struktur ayat ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Walau agaimanapun, ahli bahasa Dr Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".


Jenis-jenis Ayat pasif

1. Ayat pasif untuk pelaku pertama dan keduaProses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah iaitu objek dipindahkan pada awal atau pangkal ayat, dan yang kedua ialah menggugurkan awalan meN. Sebagai contoh, Saya menghantar surat itu semalam (ayat aktif)akan menjadi; Surat itu saya hantar semalam.

a. Kesalahan yang biasa berlaku ialah apabila pengguna bahasa menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris apabila mereka menukarkan ayat aktif tadi kepada ayat pasif yang bersifat keinggerisan. Misalnya:Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima:That letter was sent by me yesterday.The form must be filled by you first.

Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga, umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul:Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.

Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".

b. Kesalahan tidak menggugurkan meN

Ayat aktif :Saya membeli kereta itu daripada Ali.
Ayat pasif : Kereta itu saya membeli daripada Ali. (salah)
Seharusnya: Kereta itu saya beli daripada Ali.Anda mesti menjawab soalan-soalan itu. ( aktif) sering dipasifkan menjadi;Soalan-soalan itu mesti anda menjawab.
Ayat pasif yang tepat: Soalan-soalan itu mesti anda jawab.


c. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif


Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.

Salah :Buku itu saya telah baca.
Betul : Buku itu telah saya baca.Salah : Buku itu saya tidak baca.

Betul : Buku itu tidak saya baca.
Salah : Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini.
Betul : Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.


2. Ayat pasif untuk pelaku ketiga

Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang menjadikan bahasa Inggris sebagai pegangan. Kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan.

Kesalahan yang biasa berlakuAyat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul.

Salah : Buku itu Ahmad baca.
Betul : Buku itu dibaca oleh Ahmad.

Salah : Surat itu abang hantar semalam.
Betul : Surat itu dihantar oleh abang semalam.

Salah : Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini.
Betul : Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.


3. Ayat pasif dengan imbuhan "ber"
Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kadang-kadang juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di":Penggunaan "ber" : Seluar saya belum berjahit.Penggunaan "di" : Seluar saya belum dijahit.Surat itu sudah bertaip.Surat itu sudah ditaip.

Pintu rumah sudah berkunci.
Pintu rumah sudah dikunci.

Walau bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan oleh imbuhan pasif "di" sering diikuti oleh "oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.


4. Ayat pasif "ter"


Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.Menunjukkan keupayaan : Batu yang besar itu terangkat olehku.Menunjukkan perbuatan yang siap : Kedai itu tertutup sejak tadi.

Projek yang rumit itu terlaksana juga oleh usahawan baru. (keupayaan)
Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan. (perbuatan yang siap)

Cita-cita ibu yang besar itu tertunai juga olehnya.
Perabot di ruang tamu itu tersusun.

Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.


5. Ayat pasif "ke-an"

Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Walau bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.Penggunaan bentuk pasif "ke-an" : Kerana lewat bangun, saya ketinggalan bas.Maksud : Kerana lewat bangun, saya mengalami keadaan "ditinggalkan bas".Jiran saya kecurian malam tadi membawa maksud jiran saya mengalami keadaan "hartanya dicuri orang".Orang itu baru kematian suami. Maksud: Orang itu mengalami keadaan "suaminya mati".

6. Ayat pasif "kena"


Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Walau bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain.Penggunaan "kena" : Pemandu itu kena saman.Penggunaan "di" : Pemandu itu disaman.Budak nakal itu kena pukul.Budak nakal itu dipukul.Pencuri itu kena tangkap.Pencuri itu ditangkap.

AYAT TERGANTUNG

Ayat tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat. Ayat-ayat sebegini kerap ditulis oleh pelajar-pelajar terutama calon-calon STPM akibat kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa.

1. Ayat tanpa subjek

Contoh ayat:- Dalam buku itu menghuraikan cara-cara membuat kuih-kuih tradisional masyarakat Melayu.

(Sepatutnya: Buku itu meghuraikan cara-cara membuat kuih tradisional masyarakat Melayu)

- Di negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.

(Sepatutnya: Negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.)

2. Ayat tanpa predikat

Contoh ayat:- Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.

(Sepatutnya: Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai perlu disegerakan)

- Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara.

(Sepatutnya: Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kerajaan)

3. Kesalahan frasa kerja transitif

- tidak diikuti oleh objek

Contoh ayat:- Kehadiran pihak tuan akan menyerikan lagi majlis kami.

(Sepatutnya: Kehadiran pihak tuan akan menyerikan majlis kami lagi.)

- Pemberita itu melaporkan dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan.

(Sepatutnya: Pemberita itu melaporkan berita dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan.)

4. Ayat yang bermula dengan kata hubung

Contoh ayat:- Justeru itu, semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.

- Manakala, semua peserta perlu melaporkan diri pada minggu depan.

5. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata

Contoh ayat:- Pelajar itu tidak tahu mengapa dia gagal dalam ujian itu.

- Mereka tidak pasti siapa yang terlibat kemalangan itu.

6. Kesalahan struktur ayat pasif

Contoh ayat:- Perkara itu saya belum putuskan lagi.

- Bas yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

7. Binaan idea ayat yang tidak berfokus

Contoh ayat:- Langkah itu juga merupakan suatu penyelesaian bagi negara dan memupuk generasi muda ke arah Wawasan 2020.

8. Komponen ayat yang tidak tepat

Contoh ayat:- Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan seperti minyak dan lemak yang berkolesterol tinggi.-

Apabila bencana berlaku seperti banjir dan kemarau, banyak harta benda yang musnah.

9. Kesalahan ayat pancangan komplemen

Contoh ayat:- Kerajaan berusaha mengatasi masalah setinggan dalam kalangan penduduk bandar. (tiada kata hubung komplemen iaitu "untuk")

- Kami yakin pasukan hoki sekolah akan memperoleh kemenangan dalam perlawanan esok. (tiada kata hubung komplemen "bahawa")

10. Kesalahan ayat pancangan relatif

Contoh ayat:- Punca tidak kurang pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh media massa. (Tiada kata hubung relatif "yang")

- Beberapa orang disyaki menjadi anggota kumpulan ajaran sesat telah didakwa di mahkamah.

Ayat yang sempurna datang daripada amalan banyak membaca dan penguasaan ilmu tatabahasa.

(sumber:kredit kepada cikgu Zu)

BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA ?

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

[Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad (Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)]

Kalau orang luar negeri atau pelancong luar negara bertanya saya: bahasa apakah yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia, apakah jawapan yang sepatutnya saya berikan? Saya akan menjawab: bahasa Melayu. Ini jawapan yang benar. Kalau saya berkata, ‘bahasa Malaysia’, orang akan bertanya, bahasa Malaysia itu bahasa apa? Kalau saya berkata bahawa ‘bahasa Malaysia’ ialah bahasa Melayu, orang luar itu, kalau dia cerdik, boleh bertanya seterusnya, apakah bahasa Cina atau bahasa Tamil bukan bahasa Malaysia?

Demikianlah, kalau saya pergi ke Britain dan buat selamba bertanya, apakah bahasa rasmi atau ‘bahasa kebangsaan’ Britain? Mungkinkah orang Britain akan berkata: “Bahasa Britain”? Tentu tidak. Mereka akan berkata ‘Bahasa Inggerislah’.Jawapan yang sama juga akan kita dapat kalau kita bertanya soalan yang sama kepada orang Australia. Di Malaysia, istilah yang digunakan untuk membezakan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain dari segi taraf sosiopolitik atau taraf undang-undangnya (legalistik) ialah bahasa kebangsaan.Istilah ‘Bahasa Malaysia’ tidak terdapat dalam Perlembagaan, dalam Akta Bahasa Kebangsaan (1963/68), dan dalam Akta Pelajaran. Perlembagaan tidak menyatakan bahawa “bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia”atau “bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Malaysia”. Di Singapura, negara majoriti kaum Cina, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara itu. Jadi, kalau orang bertanya, bahasa apakah yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan Singapura, jawapannya tentulah “bahasa Melayu” tidak mungkin “bahasa Singapura”.

Kalau kita berasa susah hati sangat bahawa kononnya istilah ‘bahasa Melayu’ ini ‘berbau perkauman’ oleh sebab itu kita menyangka orang bukan Melayu (boleh jadi) tidak suka menggunakan bahasa ini, saya kira ini perasaan yang dibuat-buat sahaja. Lama-lama nanti kita takut pula hendak menggunakan istilah “bangsa Melayu”. Masalah ini tidak “neutral” atau lebih “bebas etnik”, istilah itu sebenarnya sudah ada, iaitu istilah bahasa kebangsaan.

Selepas kemerdekaan istilah ini tidak dikaitkan lagi dengan bangsa Melayu atau dengan “nasionalisme Melayu” tetapi sudah dijadikan bahasa kebangsaan negara Malaysia, bahasa yang merentas sempadan dan kepentingan etnik.Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negeri, di Eropah, di Korea, di Jepun, di negeri China, di Amerika, di Australia dan di beberapa banyak tempat lain lagi tentu tidak akan mengubah kursus “Pengajian Bahasa Melayu” di tempat masing-masing kepada kursus “Pengajian Bahasa Malaysia”. Sarjana-sarjana di sana tahu bahawa yang ada di dunia ini ialah “bahasa Melayu”, bahasa yang sudah wujud sejak lebih 2000 tahun dan inilah bahasa yang mereka kaji.Nampaknya kelam kabut lagi jadinya orang di Malaysia, terutama pelajar di sekolah. Buku teks dan sukatan pelajaran tidak akan menggunakan istilah “bahasa Melayu” lagi. Timbul pula soal: apakah sastera Melayu akan disebut sastera Melayu atau “sastera bahasa Malaysia”?Saya berharap istilah “bangsa Melayu” suatu hari nanti tidak akan dihapuskan seperti terhapusnya “Persekutuan Tanah Melayu” atau “Negeri Melayu”, yang sudah digantikan dengan istilah ‘Semenanjung Malaysia’ atau ‘Malaysia Barat’ – agaknya istilah ini lebih ‘bebas etnik’.


Walau bagaimanapun, apa pun istilah yang kerajaan hendak gunakan, yang penting, bahasa Melayu jangan menjadi korban atau mangsa perubahan nama ini. Janganlah bahasa ini diturunkan darjatnya menjadi bahasa “lambang negara” sahaja, atau hanya sebagai “bahasa perpaduan”– entah apalah maksud istilah ini!Yang penting bahasa Melayu hendaklah terus dimajukan sebagai bahasa ilmu, bahasa pembangunan negara dan bahasa tamadun tinggi di negara ini. Jangan nanti nasib bahasa Melayu di Malaysia seperti nasib bahasa Melayu di Singapura: tarafnya ialah sebagai “bahasa kebangsaan negara”, tetapi tidak memainkan peranan sebagai alat pembangunan negara.

CINTAILAH BAHASA KITA, KALAU TAK KITA SIAPA LAGI...

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Oleh Noor Hasani HashimPusat Racun Negara


Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan.
Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah.
Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.
Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut.
Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
Roti dan kuih-muih
Makanan laut seperti kerang
Daging- lembu, ayam, ikan
Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.
Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
Makanan mentah
Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama
Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
Makanan tidak disimpan segera
Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:
Keracunan oleh bakteria
Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.
Toksin
Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin. Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih.
Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus. Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.
Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.
Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi.
Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes. Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut. Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.
Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.
Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam.
Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.
Keracunan berpunca dari virus
Hepatitis A disebabkan oleh virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang ditangkap di dalam air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut.
Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-siput yang ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak sempurna.
Keracunan berpunca dari protozoa
Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.
Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica. Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia. Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.
Punca-punca lain keracunan
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.
Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.
Cara terbaik mengelak keracunan
JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.
Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
Sebai-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
Panaskan semula makanan dengan teliti.
Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
Sesiapa yang ingin mendapatkan naskah percuma buletin dari Pusat Racun Negara, hantarkan sampul surat (6"x9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden P.Pinang.

RENCANA KERACUNAN MAKANAN

Klik di sinihttp://www.scribd.com/doc/12880995/Rencana-Keracunan-Makanan#

KAD KREDIT

Khamis, 5 November 2009

RUJUK LINK

http://www.scribd.com/doc/5565439/PENGGUNAAN-KAD-KREDIT#

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA . BINCANGKAN .

PENGENALAN

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' .
Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .
Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .
Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .
Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .
Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .
Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .
Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Jenis-jenis pencemaran
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Kesan-kesan Pencemaran
Mengancam Kesihatan Manusia
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
Mengancam tumbuhan dan binatang
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .
Kerosakan Harta Benda
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .









LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU
PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR
Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .
Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .
Pencemaran Laut
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )
Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .
Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .
Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .
Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
Cara mengepung dan mengumpul tumpahan
Menggunakan dispersent dan bahan kimia
Pembersihan pantai
Dibiarkan sahaja
Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :
Lokasi tumpahan
Kuantiti tumpahan
Jenis tumpahan
Keadaan laut
Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah
Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :
Rancangan Kontigen Lombok - Makasar
Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore
Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam
ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)
Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah :
Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.
Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.
Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :
Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.
Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.
Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.
semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.
Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.
2. Pencemaran Udara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.
Langkah Penyelesaian
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.
3 . Pencemaran Darat
Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .
Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain .
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .
Langkah penyelesaian
Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun .
Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .
Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .


KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.









BIBLIOGRAFI
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas, 1991.
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.
Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996
http://members.tripod.com/~sarjana/cemar1.html

PEMBAKARAN

Semua bahan organik menpunyai unsur karbon . Apabila dibakar karbon akan berpadu dengan oksigen di udara dan menghasilkan karbon dioksida melalui persamaan :
C+O2-----CO2
Manakala dalam keadaan kurang beroksigen karbon akan berpadu dengan satu atom oksigen menghasilkan karbon monoksida melalui persamaan :
C+O------CO
Karbon monoksida adalah gas yang membahayakan dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangkamasa panjang. Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon .Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

BUAH-BUAHAN TEMPATAN-NOTA RINGKAS

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
§ Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.
§ Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
§ Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
§ Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
§ Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .

NILAI MURNI

NOTA RINGKAS

- Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat.


-Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.


-Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.


-Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.


- Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah

MENGANTARABANGSAKAN BM

PERENGGAN ISI:

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.


Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita.


Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.


Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero dunia.


Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga.

PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).



POTENSI MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN

* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

• Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

• Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

• Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.


• Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

• Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

• Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

• Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

• Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

• Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.


• Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.


• Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

MANFAAT

• Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

• Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

• Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.





Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.


Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.


Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.


Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.



Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .


Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +


Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.


Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.


Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.



KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .

Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.



KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.



USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.